suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Soo Hyun tolak tawaran Netflix berlakon watak pembunuh psiko

Nama Kim Soo Hyun semakin mendapat perhatian selepas membintangi drama It's Okay To Not Be Okay.

PELAKON Kim Soo Hyun, 33, dilaporkan telah menolak tawaran untuk membintangi siri drama thriller terbitan Netflix Korea Selatan berjudul Finger.

Impian peminat untuk menyaksikan Soo Hyun beraksi dalam drama genre thriller terpaksa dilupakan berikutan pendedahan yang dibuat agensi pengurusan aktor tersebut, Gold Medalist Entertainment pada Rabu.

Walau bagaimanapun, agensi tersebut tidak menyatakan sebab kenapa Soo Hyun menolak untuk membintangi drama tersebut.

Finger yang bakal diarahkan oleh Jung Ji Woo kini dalam misi mencari hero gantian lain berikutan penolakan aktor yang popular dengan siri drama It's Okay To Not Be Okay itu.

Watak utama drama tersebut mengisahkan tentang seorang pembunuh psiko yang diambil inspirasi daripada filem barat, American Psycho, diterbitkan pada tahun 2000.

Dalam pada itu, Gold Medalist Entertainment berkata Soo Hyun kini dalam proses sedang meneliti beberapa tawaran lain yang diterimanya sebelum kembali aktif semula di set penggambaran. - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain