suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian fail cerai terhadap Kanye West, tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu

Pergolakan rumah tangga Kim dan Kanye bakal berakhir dengan perceraian.

PERSONALITI terkenal Kim Kardashian dikhabarkan sudah nekad untuk mengakhiri rumah tangganya dengan penyanyi rap Kanye West.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat mendedahkan Kim kini hanya mahukan ruang untuk dia memikirkan soal masa depannya.

"Kanye tahu yang Kim sudah tak mampu nak bertahan. Dia beritahu Kanye yang dia mahukan ruang untuk memikirkan soal masa depan," kata sumber.

Difahamkan juga, personaliti berusia 40 tahun itu dikatakan sudah memfailkan perceraian namun masih mengunci mulut mengenai pergolakan rumah tangga mereka.

Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung selama beberapa bulan lalu dan rumah tangga berdepan dengan masalah sejak pertengahan tahun lalu.

Kim Kardashian mendirikan rumah tangga dengan Kanye West pada Mei 2014.

Pasangan ini mempunyai empat orang anak iaitu North, Saint, Chicago serta Psalm West.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain