suria

Atta Halilintar tepis khabar angin sudah putus, muat naik video rindukan Aurel Hermansyah

Atta dan Aurel dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan sekitar tahun ini.

YOUTUBER Indonesia terkenal Atta Halilintar meluahkan rasa rindu terhadap tunangnya yang juga anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel.

Atta menerusi laman Instagram miliknya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan hubungan mereka.

"Ternyata semua ego kita tak bererti kalau kita masih terlalu merindui. Yang masih terlalu menyayangi satu sama lain.

"Rindu itu sangat berat. Satu tahun perkenalan bertukar menjadi pertunangan. Terima kasih semua orang yang selalu mendoakan kami. 2021 merupakan tahun kami," kata Atta.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan hubungan cinta pasangan popular Indonesia itu sudah berakhir.

Bagaimanapun, perkongsian luahan Atta itu sekaligus telah menepis semua dakwaan tersebut.

Pada tahun lalu, Aurel memberitahu dia sudah melakukan persiapan perkahwinan yang akan diadakan pada tahun ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain