suria

Dua minggu putus tunang, Olivia Wilde dilapor rapat dengan Harry Styles yang 10 tahun lebih muda

Harry bercinta dengan Olivia selepas dua minggu aktres itu berpisah dengan Joe Sudeikis (kiri).

FOTO penyanyi Harry Styles sedang berpegangan tangan dengan pengarah filem Dont Worry Darling iaitu Olivia Wilde ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan menjadi perhatian umum.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto mesra tersebut sekaligus menguatkan lagi spekulasi yang mendakwa pasangan itu kini sedang dilamun cinta.

Kemesraan Harry dengan Olivia juga tidak berakhir di situ malah pasangan itu dilihat bersama tiba di kediaman penyanyi berusia 26 tahun itu di Los Angeles pada keesokkan harinya.

Hubungan cinta pasangan itu mula menjadi perbualan hangat dua minggu selepas Olivia mendedahkan secara umum mengenai perpisahannya dengan tunang iaitu Jason Sudeikis.

Olivia dan Jason sudah mengikat tali pertunangan selama tujuh tahun dan mempunyai dua orang anak bersama iaitu Otis Sudeikis, 6, dan Daisy Sudeikis yang kini berusia empat tahun.

Aktres berusia 36 tahun itu dikatakan berpisah dengan Jason sekitar awal tahun lalu namun masih menjalinkan hubungan baik dalam menjaga anak-anak mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain