suria

Jungkook BTS beli rumah mewah RM28 juta di Itaewon

Jungkook beli aset rumah berharga RM28 juta.

KEMEWAHAN dan kemasyhuran kumpulan BTS menjadikan setiap ahli kumpulannya antara penyanyi paling kaya di Korea Selatan pada masa ini.

Terbaharu, salah seorang ahli kumpulan itu, Jungkook, 24, dilaporkan membeli sebuah kediaman mewah di Itaewon yang mencecah harga AS$7 juta (RM28 juta).

Jungkook dikatakan membuat pembelian tersebut pada November lalu.

Rumah agam dua tingkat yang dibeli Jungkook itu dibina pada tahun 1976 dan mempunyai keluasan 2,483 kaki persegi.

Jungkook atau nama sebenarnya, Jeon Jungkook juga bakal berjiran dengan pasangan popular, Rain dan isteri, Kim Tae Hee yang turut mempunyai rumah di kawasan yang sama.

Jungkook sebelum ini pernah membeli unit kediaman apartmen di Seoul namun mengambil keputusan untuk menjualnya pada Oktober lalu. - Koreaboo

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain