suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas tiga bulan, Nicki Minaj akhirnya dedah wajah anak sulung

Nicky Minaj selamat bersalin September tahun lalu.

SELEPAS lebih tiga bulan selamat melahirkan anak sulung, penyanyi Nicki Minaj akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya buat tatapan umum, pada Sabtu.

Menerusi laman Instagramnya, Nicki atau nama sebenarnya, Onika Tanya Maraj-Petty, 39, memuat naik gambar bayi yang diberi gelaran, Papa Bear.

Penyanyi Starships itu selamat melahirkan anak lelaki itu pada 30 September tahun lalu.

Sehingga kini, Nicki dan suami, rapper Kenneth Petty tidak pernah mendedahkan nama sebenar anak mereka.

Dalam satu program bual bicara kendaliannya, Queen Radio, Nicki secara berseloroh mendedahkan dia hampir meletakkan nama Ninja untuk puteranya itu.

Menurut Nicki lagi, bergelar seorang ibu adalah perkara paling terindah pernah berlaku dalam kehidupannya selama ini.

Nicki dan Kenneth berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu. - Elle

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain