suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir dua bulan bernikah, Sule kongsi berita gembira Nathalie Holscher kini hamil

Sule bernikah dengan Nathalie pada November tahun lalu.

SEBULAN berteka-teki akhirnya pelawak Indonesia Sule mengumumkan isterinya iaitu Nathalie Holscher kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

Memetik laporan Liputan6, Sule berkongsi berita gembira tersebut menerusi saluran YouTube miliknya dengan meluahkan rasa teruja apabila mengetahui mereka bakal menimang zuriat.

Sule bagaimanapun memberitahu biarpun masih tidak mempunyai kesempatan untuk membuat pemeriksaan doktor namun isterinya sudah melakukan ujian kehamilan yang menunjukan dua garisan.

"Alhamdulillah... isteri saya kini hamil. Semoga selamat semuanya. Tapi belum melakukan pemeriksaan doktor tapi ujian kehamilan ini sudah menunjukan dua garisan," kata Sule.

Malah, Sule juga mendedahkan perubahan isterinya yang juga personaliti media sosial dan bekas disc jockey (DJ) itu ketika dalam tempoh kehamilan.

"Sejak akhir-akhir ini, Nathalie tidak seperti biasa... dia tidak mahu masak dan perutnya juga selalu sakit. Berat badannya juga naik sebab kerap makan nasi," dedah Sule.

Sule mendirikan rumah tangga dengan Nathalie pada 15 November tahun lalu di sebuah restoran Tsama Resto, di Jawa Barat, Bekasi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain