suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Senyap-senyap ‘main’ cinta, Hyun Bin dan Son Ye-jin mula merindui selepas siri Crash Landing on You tamat

Hyun Bin dan Son Ye-jin cukup dikenali menerusi drama Crash Landing on You.

PASANGAN pelakon siri Crash Landing on You, Hyun Bin dan Son Ye-jin dilaporkan menjalinkan hubungan cinta secara senyap-senyap sejak lapan bulan lalu.

Kedua-duanya pernah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa namun menurut sumber terdekat dengan aktor itu, pasangan ini sudah bercinta sejak bulan Mac lalu.

"Sejak drama itu habis ditayangkan dan mereka tidak lagi berjumpa, perkara itu membuatkan kedua-duanya saling merindui satu sama lain," dedah sumber tersebut.

Pasangan itu juga dikatakan berkongsi minat yang sama iaitu gemar bermain golf.

Setakat ini, kedua-dua wakil syarikat pengurusan Hyun Bin dan Ye-jin masih belum mengesahkan mengenai perkhabaran tersebut.

"Kami sekarang dalam proses mendapatkan pengesahan mengenai kebenaran kisah ini daripada Hyun Bin dan Ye-jin," kata wakil syarikat itu. - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain