suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Hanks tak suka imej kepala botak - “Gaya saya ini hanya menakutkan kanak-kanak”

Tom Hanks menunjukkan imej rambut baru dalam program The Graham Norton Show.

PELAKON Tom Hanks mengakui dia tidak menyukai imej rambut botak yang digayakannya buat masa ini.

Memetik Entertainment Weekly, Tom bagaimanapun terpaksa melicinkan kepalanya demi menjayakan watak dalam filem biopik legenda Elvis Presley berjudul Elvis.

"Biar saya tunjukkan kepada anda semua gaya rambut baru saya yang buruk ini.

"Imej baru saya ini hanya menakutkan kanak-kanak, saya minta maaf," katanya berseloroh ketika ditemu bual menerusi program The Graham Norton Show pada Khamis.

Menerusi filem arahan Baz Luhrmann itu, Tom membawakan watak sebagai pengurus Elvis, Colonel Tom Parker.

Watak Elvis dijayakan oleh pelakon Austin Butler.

Penggambaran filem yang berlangsung di Australia itu terpaksa dihentikan pada Mac lalu selepas Tom disahkan positif Covid-19.

Penggambaran filem itu bagaimanapun telah disambung semula, baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain