suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lisa, Rose (Blackpink) tak mahu ‘kalah’, bakal tampil single solo... sibuk rakam video muzik

Lagu solo Lisa dan Rose akan dilancarkan dalam masa terdekat.

SELEPAS Jennie, dua lagi ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa dan Rose bakal tampil dengan single solo masing-masing dalam masa terdekat.

Memetik Koreaboo, pengumuman itu dibuat syarikat pengurusan kumpulan wanita popular itu, YG Entertainment pada Rabu.

Sejak Blackpink ditubuhkan pada 2016, hanya Jennie sahaja yang pernah tampil dengan single berjudul Solo pada 2018.



Blackpink dianggotai (dari kiri), Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose.

Menurut syarikat pengurusan itu lagi, kedua-dua penyanyi tersebut kini sibuk menjalani penggambaran muzik video untuk lagu berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan tersebut, Jisoo juga difahamkan akan tampil dengan lagu solo namun bukan dalam masa terdekat.

Ini kerana Jisoo kini dilaporkan sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Snowdrop yang masih lagi dalam pembikinan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Blackpink, Jennie, Lisa, Rose, Jisoo, single solo

Artikel Lain