suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pilih nama Rhodes, Emma Roberts masih kunci mulut mengenai kelahiran putera sulungnya

Emma Roberts dan pasangannya, Garret Hedlund dikatakan sudah menimang bayi lelaki baru-baru ini.

PELAKON Emma Roberts masih mengunci mulut biarpun berita mengenai dia selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertamanya baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen.

Memetik laporan Harpersbazaar.com, anak sulung Emma bersama pasanganya iaitu Garret Hedlund dilahirkan dengan berat 4.1 kilogram.

Malah, pasangan itu juga dikhabarkan sudah memberikan nama putera sulung mereka iaitu Rhodes sehari selepas kelahiran.

Sebelum ini, Emma merahsiakan kehamilannya sehinggalah pada September lalu pelakon tersebut akhirnya berkongsi foto yang memperlihatkan baby bump di Instagram miliknya.

Emma dan Garrett mula menjalinkan hubungan cinta sejak awal 2019 selepas berpisah dengan bekas tunangnya yang juga pelakon Evan Peters sekitar Januari 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain