Kisah pasangan skandal yang berlaku di pejabat semakin kerap kali dilaporkan sejak akhir-akhir ini di media sosial. -Gambar hiasan AI
SEORANG pemuda meluahkan rasa kecewa apabila kekasih gelapnya yang juga isteri orang mengambil keputusan untuk menamatkan skandal mereka. Cerita lelaki terbabit, dia bagaimanapun akur dengan keputusan itu selepas wanita itu memberitahu mahu berubah dan kembali taat kepada suami. "Dia cakap dia rasa bersalah dan takut anaknya akan mengikut perangai buruknya itu nanti apabila besar nanti."Aku pula macam tak boleh terima sebab sebelum ini dia ada beri harapan kononnya nak ke pejabat agama (untuk proses penceraian). Hubungan yang bermula dengan keluar makan bersama kemudiannya membawa lelaki ini untuk terus lebih dekat dengan wanita itu. -Gambar hiasan AI"Tapi akhirnya dia berubah. Aku akur dan undurkan diri. Sejujurnya memang susah nak lupakan dia walaupun dia isteri orang sebab dia orang pertama aku lakukan hubungan intim," dedahnya menerusi hantaran di Threads.Namun apa mengejutkannya, dia mendapati wanita berkenaan kini sudah mempunyai pengganti dirinya yang juga merupakan salah seorang kaki tangan di pejabat mereka.Rahsia bekas skandalnya itu terbongkar selepas dia mendapati mereka sering keluar bersama dan tersedar dia telah dipermainkan oleh wanita tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan menyibuk tapi soal dosa!” - Pelajar ‘intern’ tunggu masa bongkar skandal pejabat, terkejut tengok pergaulan bebasARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah punca skandal di ofis, 8 jam bersama macam-macam boleh jadi... Tudung terselak, butang baju terbuka"Aku mula rasa cemburu! Dulu dia kata nak berubah sebab anak tapi sekarang masih berkelakuan macam dulu."Jujurnya memang aku cemburu. Jadi adakah betul dia akan berubah atau tetapi dengan perangai yang dulu?" soalnya.Menyingkap perkenalan mereka, lelaki itu memberitahu mereka merupakan rakan sekerja dan pada awalnya hubungan mereka sekadar rakan biasa.Lelaki bujang menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja berstatus isteri orang. Hubungan terlarang itu berlanjutan hingga ke hotel dan rumah wanita tersebut.Wanita itu memutuskan hubungan kerana insaf dan takut pada masa depan anaknya. Lelaki itu kecewa selepas mendapati wanita tersebut sudah mempunyai pengganti baharu. Dia cemburu serta keliru sama ada wanita itu benar-benar ingin berubah.Ringkasan ini dijana oleh AIKatanya hubungan terlarang itu melarat daripada sekadar usikan, memegang tangan dan bercium di dalam kereta, sehinggalah mereka berani bersama ke hotel untuk melakukan hubungan intim."Dia mula kongsi masalah dengan suami dia. Jadi akulah pendengar setia. Lama-kelamaan kami rapat, mula ada rasa sayang dan selalu keluar makan berdua."Kadang-kadang dia ajak pergi rumah dia sebab suami dia kerja. Jadi setiap kali itu kami memang akan berhubungan intim dekat rumah dan pejabat dia. "Sampaikan bila aku kena kursus jauh, dia sanggup ambil cuti untuk teman aku. Aku tak tahu apa dia beritahu dekat suami dia," ujar lelaki tersebut.