Batas pergaulan dan profesionalisme perlu dijaga bagi mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni, khususnya di tempat kerja. -Gambar hiasan AI
LATIHAN industri (internship) menjadi peluang buat pelajar universiti menimba pengalaman serta mengenali suasana sebenar alam pekerjaan sebelum melangkah ke dunia kerjaya.Namun, seorang gadis tidak menyangka tempoh latihan industrinya di sebuah syarikat turut mendedahkannya kepada situasi yang sama sekali tidak disangka sehingga dia mengalami kejutan budaya. Menurut gadis tersebut, sepanjang dua minggu pertama di syarikat berkenaan, dia terkejut apabila menyaksikan sebahagian besar staf bergaul secara bebas tanpa mengira jantina dan status. "Culture shock saya sepanjang dua minggu buat internship ni. Selalu baca dekat Threads tapi kali ni berlaku depan mata saya sendiri."Staf keluar makan dengan bini dan laki orang. Bertepuk tampar dalam pejabat. Yang single perempuan pun keluar lunch dengan laki orang," dedahnya.Gadis berkenaan bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan identiti syarikat serta individu yang terbabit buat masa ini.Hubungan rapat sesama rakan sekerja berlainan jantina cenderung untuk menimbulkan fitnah. -Gambar hiasanSebaliknya, dia memberi bayangan akan mendedahkan perkara tersebut selepas tamat latihan industri yang masih berbaki empat bulan.Bagaimanapun dia tidak menyatakan lebih lanjut mengenai tindakannya, sama ada membuat laporan kepada pengurusan syarikat atau pun berkongsi di media sosial."Awas ya, walaupun saya budak lagi. Lepas habis internship nanti saya laporkan semua. Lagi empat bulan kena bertahan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah punca skandal di ofis, 8 jam bersama macam-macam boleh jadi... Tudung terselak, butang baju terbukaARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut rakan suami sokong skandal pejabat, suami dan isteri orang pun nak dijodohkan - “Syaitan nak porak-peranda!”Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada yang menyokong tindakannya untuk tidak bersubahat sekiranya perkara berkenaan benar-benar berlaku."Mantap! Hapuskan budaya skandal di pejabat. Ini bukan soal kepoci (menyibuk), tapi soal dosa."Sangat betul... sepanjang 14 tahun kerja, macam-macam dah jumpa. Laki dan bini orang berdua-duaan dalam kereta serta kantoi WhatsApp lucah," komen netizen. Seorang gadis terkejut melihat pergaulan bebas staf sepanjang dua minggu menjalani latihan industri.Dia mendakwa ada staf keluar makan bersama pasangan orang lain dan terlebih mesra di pejabat.Gadis itu bercadang mendedahkan perkara tersebut selepas tamat latihan industri.Perkongsian itu mendapat sokongan netizen yang menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak wajar.Namun, ada juga yang menasihatinya supaya tidak mencampuri urusan peribadi rakan sekerja.Ringkasan ini dijana oleh AITidak kurang juga ada yang menasihatkannya supaya jangan mencampuri urusan peribadi rakan sekerja dan memberi tumpuan kepada latihan industri yang sedang dijalani."Mereka tak kacau awak. Hidup akan aman kalau jaga hal sendiri," komen yang lain pula.Sebagai peringatan, Islam melarang umatnya daripada menjalinkan hubungan dengan pasangan orang lain sehingga membawa kepada maksiat atau keruntuhan rumah tangga.Perbuatan zina pula termasuk dalam kategori dosa besar, manakala segala perkara yang membawa ke arah zina juga ditegah dalam Islam.