Setiap anak murid pasti akan sentiasa mengenang insan yang menjadi guru pertamanya. -Gambar hiasan AI
RASA rindu yang mendalam terhadap cikgu tadika mendorong seorang kanak-kanak menghantar mesej suara untuk bertanya khabar.Namun, penantiannya untuk menerima balasan berakhir dengan rasa hampa dan kecewa. Perkara itu dikongsikan ibunya yang turut terkilan dengan sikap segelintir guru kerana tergamak mengabaikan mesej anaknya meskipun ia diketahui sudah dibaca.Lebih menambah rasa sayu, si ibu memberitahu bahawa anaknya sering menyebut nama guru tadikanya itu sejak tahun lalu, tetapi baru kini dia berkesempatan memberi peluang kepada si kecil untuk bertanya khabar."Dia selalu sebut (nama) cikgu tu dan nak jumpa sejak tahun lepas lagi... tapi saya tak layan permintaan anak.Guru bertindak memberi tunjuk ajar kepada setiap muridnya. -Gambar hiasan AI"Baru-baru ini je saya bagi dia guna pesanan mesej bersuara untuk tanya khabar tapi hampa cikgu tu tak balas," luahnya di Thread.Mengakui turut berkecil hati dengan situasi itu, si ibu cuba menerangkan kepada anaknya bahawa guru terbabit berkemungkinan sibuk sehingga tidak dapat membalas mesej."Anak aku diam je tapi nampaklah muka dia sedih. Tapi pada aku, sekurang-kurangnya cikgu tu jawablah salam bukan senyap je," luahnya.Dalam hantaran sama, wanita itu turut memohon pandangan warga maya sama ada wujud sebarang salah silap sekiranya seorang anak murid sekadar mahu bertanya khabar kepada bekas gurunya.Kanak-kanak yang merindui cikgu tadikanya menghantar mesej suara untuk bertanya khabar.Ibunya terkilan apabila mesej itu hanya dibaca tanpa dibalas.Si ibu cuba memujuk anaknya dengan mengatakan cikgu mungkin sibuk, namun wajah si kecil kelihatan sedih.Seorang pengguna yang mengaku guru berkata dia tidak akan membalas mesej sedemikian demi kesihatan mental.Jawapan tersebut mengundang kritikan netizen yang menyifatkannya sombong.Ringkasan ini dijana oleh AIPertanyaannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk seorang individu yang mengaku berkhidmat sebagai guru.Apa yang mengejutkan, wanita terbabit mengakui dengan tegas bahawa dia tidak akan membalas mana-mana mesej seperti yang dimaklumkan ibu murid berkenaan.Malah katanya, dia perlu menetapkan batas sempadan antara guru dan murid bagi menjaga kesihatan mentalnya."Saya cikgu dan saya tak akan balas mesej-mesej macam ni sebab cikgu ada batas yang nak kena jaga dengan murid demi kesihatan mental saya.ARTIKEL BERKAITAN: “Kena sembah cikgu senior ke?" - Pendidik Gen Z tak suka budaya lapuk beramah mesra di sekolah... Nak terus balik lepas kerjaARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat muka cikgu sampai sekarang!” - Dendam sampai ke tua, doktor imbau kenangan pahit dihina dalam kelas Matematik"Mak ayah pun janganlah manjakan anak sangat, bagi ruang untuk anak belajar kawal emosi dan tak semua perkara perlu turut kemahuan anak," jelasnya.Bagaimanapun, rata-rata warga maya meninggalkan komen negatif pada jawapan yang diberikannya.Tidak kurang juga yang menyifatkannya sebagai seorang guru yang sombong."Sombongnya jawapan cikgu pun, budak tu baru umur berapa? Cikgu tadika, cikgu pertama anak."Tak hairanlah kalau di luar pun murid buat-buat tak kenal cikgu," demikian reaksi netizen.