suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan tercengang peniaga nasi kerabu tak basuh kubis, terus hiris masukkan dalam bekas - “Masih dalam plastik, siap ada tanda harga!”

Kebersihan makanan bukan sekadar memastikan tempat berniaga bersih, tetapi turut melibatkan cara bahan mentah dikendalikan. -Gambar hiasan AI

KEBERSIHAN makanan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap pengusaha, tidak kira sama ada berniaga di restoran, gerai makan atau sekadar di tepi jalan.

Selain memastikan makanan yang dijual segar dan bersih, pengendali makanan juga perlu menjaga kebersihan bahan mentah sebelum ia disediakan untuk pelanggan.

Namun, seorang individu tidak menyangka menyaksikan sendiri tindakan seorang peniaga nasi kerabu yang mengambil remeh soal kebersihan ketika singgah di sebuah gerai tepi jalan.

“Singgah gerai tepi jalan nak beli nasi kerabu. Aku tengok kerabu dalam bekas dah habis. So akak tu suruhlah laki dia ambil kubis dan hiris letak dalam bekas,” kongsinya.

Tidak kira restoran mewah mahupun gerai kecil, aspek kebersihan perlu diberi perhatian kerana ia mencerminkan kualiti hidangan yang dijual. -Gambar hiasan AI

Apa mengejutkan ujarnya, peniaga lelaki berkenaan dilihat mengambil sebiji kubis yang dibalut plastik serta mempunyai tanda harga dan membuka pembungkusnya, sebelum selamba menghiris sayur berkenaan tanpa membasuh terlebih dahulu. 

“Depan mata aku, dia ambil kubis yang masih dalam plastik siap ada tanda harga. Dia buka pembalut plastik, hiris dan terus letak dalam bekas.

“Aku tergamam... dia tak basuh beb,” kongsinya menerusi hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga pengotor! Wanita loya tekak jumpa gumpalan dedak saiz bola pingpong dalam ayam panggang

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan buang burger dibeli... Loya tengok peniaga pakai ‘glove’ sentuh tong sampah, terus pegang roti - “Maaf aku geli”

Individu itu turut melahirkan kebimbangan terhadap kebersihan makanan yang dijual memandangkan perkara demikian seolah-olah sudah menjadi kebiasaan peniaga tersebut.

“Benda tu kotor, memang wajib basuh dulu. Sanggup mereka dua ni serve macam tu dekat pelanggan,” katanya.

Individu tersebut bagaimanapun tidak berkongsi lanjut sama ada dia meneruskan pembelian atau membatalkannya. 

  • Seorang individu terkejut melihat peniaga nasi kerabu tidak membasuh kubis.

  • Kubis itu diambil daripada plastik, dihiris dan terus dimasukkan ke dalam bekas.

  • Individu berkenaan mempersoalkan tahap kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan.

  • Dia terkilan kerana peniaga tersebut seolah-olah mengambil mudah soal kebersihan.

  • Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman sama.

Perkongsian berkenaan turut mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi pelbagai, namun ada menyifatkan perkara sedemikian sememangnya bukan sesuatu luar biasa dalam kalangan segelintir peniaga makanan. 

“Itu yang kita nampak... lagi teruk pun ada. Yang ada sijil kursus pun ramai fail, tak tak ada sijil lagilah. Dulu kerja katering, macam-macam boleh jumpa.

“Si suami beli tauge dari pasar, sampai-sampai terus lambakkan dalam bekas dan cedok bungkus dalam nasi, real saya tengok sendiri.

“Kalau saya memang terus tanya, tak basuh dulu ke cik,” demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain