BATAS kesabaran setiap individu ada hadnya, begitu juga seorang guru yang berdepan tindakan tidak disangka daripada anak muridnya sendiri.Seorang guru wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa diludah oleh seorang murid ketika berada di sekolah. Menurut guru berkenaan, kejadian itu bukan sahaja mengejutkannya, malah membuatkan dia tertanya-tanya bagaimana seorang murid itu boleh bertindak sedemikian."Ya, ludah. Bukan cerita orang lain, bukan salah dengar. Saya sendiri yang kena. Bila dia meludah, saya terus terdiam. Sejujurnya, otak saya macam berhenti sekejap."Saya pandang dia dan cuba hadam apa yang baru berlaku. Dalam kepala saya cuma ada satu soalan, betul ke dia baru saja meludah saya?" katanya.Cabaran guru pada masa kini berdepan dengan pelajar yang makin biadap. -Gambar hiasan AIMenurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang berhadapan dengan murid terbabit dan pada awalnya menyangka perkara itu hanya melibatkan masalah disiplin biasa.Bagaimanapun, ketika cuba berbincang dalam keadaan tenang, murid berkenaan tiba-tiba meludah ke arahnya tanpa sebarang amaran."Saya marah, malu, kecewa dan terkilan. Tapi dalam masa sama, saya cuba kawal diri kerana tahu kalau bertindak ikut emosi, keadaan mungkin jadi lebih teruk."Jadi saya tahan semuanya walaupun dalam hati memang susah untuk terima," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Pelajar ‘terpaling’ benci penjajah ‘sound’ guru guna bahasa Inggeris ketika mengajar MatematikARTIKEL BERKAITAN: Panas hati dijerkah sebab bersikap biadab... Pelajar ‘psiko’ cikgu, nyanyi lagu ‘Kicau Mania’ kuat-kuat depan kelasPeristiwa itu turut membuatkan dia mempersoalkan sejauh mana seorang guru perlu bersabar dalam berdepan dengan pelbagai kerenah murid."Bagi saya, meludah seseorang bukan perkara kecil. Itu bukan sekadar perangai nakal atau gurauan yang terlebih. Ada penghinaan dalam perbuatan itu."Kalau perkara sebegini dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya, saya tertanya-tanya apakah mesej yang kita beri kepada murid," katanya.Katanya, dia tidak marah kerana ego, sebaliknya hanya mahu maruah dan perasaannya sebagai manusia dihormati.Guru wanita mendakwa diludah seorang murid ketika berada di sekolah.Kejadian berlaku ketika dia cuba menyelesaikan masalah disiplin murid terbabit.Guru itu mengakui berasa marah, malu, kecewa dan terkilan.Dia menegaskan kesabaran tidak bermaksud membiarkan diri dihina.Katanya, rasa hormat antara guru dan murid perlu berlaku secara dua hala.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak mahu membalas dengan kemarahan. Saya juga tak mahu perkara ini dianggap biasa."Kalau kita mahu murid belajar menghormati orang lain, mereka juga perlu faham setiap tindakan ada batas dan akibatnya sendiri," katanya.Guru berkenaan berkata, pengalaman itu mengajarnya bahawa bersabar tidak bermaksud seseorang perlu membiarkan dirinya dihina."Saya masih mahu mendidik dan memahami, tetapi saya percaya rasa hormat perlu ada dua hala."Kalau guru sendiri tidak dihormati, bagaimana kita mahu mengajar anak-anak tentang hormat kepada manusia lain?" katanya.