suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air mata ’Aila Girl’ gugur terkenang arwah bapa, trofi FFM35 beri semangat buat Aila Azizul

Aila tidak dapat menahan emosi berkongsi kisah pengorbanan bapa.

AKTRES Aila Azizul tidak dapat menahan sebak tatkala berkongsi detik kemenangan membawa pulang trofi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 yang berlangsung pada malam Sabtu.

Mendedikasikan kejayaan tersebut buat Allahyarham bapanya, kata Aila atau Aila Azizul Hisham, 31, individu tersebut juga merupakan penyokong kuat kerjaya seni sejak kecil.

"Sejak kecil dia memang memberi sokongan kepada saya. Arwah bapa meninggal dunia pada September 2023 dan saya dapat watak ini pada tahun 2024. Saya tahu dia sangat bangga. Ini adalah untuk dia.

Aila dedikasi kemenangan buat arwah bapa. 

"Dia yang selalu membawa saya ke latihan dan kelas teater. Dia panggil saya 'Aila Girl' dan akan tunggu setiap kali saya pulang ke rumah untuk bertanya khabar," katanya sambil mengalirkan air mata.

Aila memenangi trofi itu menerusi lakonannya sebagai Safar dalam filem Malam Terlarang.

Allahyarham bapanya, Azizul Yahaya meninggal dunia pada 6 September 2023 akibat kanser lidah.

ARTIKEL BERKAITAN: Khadam menang besar FFM35  

ARTIKEL BERKAITAN: Menang FFM35, Shaheizy Sam belanja pizza esok... Aida Amron dinobat Pelakon Wanita Terbaik

Mula melibatkan diri dalam lakonan teater sejak kecil, kata Aila kemenangan di FFM35 juga menjadi pembakar semangat untuk dia terus menerima lebih banyak tawaran filem dan drama.

"Semestinya ini jadi semangat buat saya. Setakat ini belum ada tawaran baharu, tetapi insya-Allah akan lebih banyak pada masa akan datang," ujarnya.

Pada masa sama, pelakon ini juga tidak menyangka lakonan pertamanya dalam sebuah filem melayakkan dia tercalon sebagai Pelakon Wanita Harapan.

Aila harap terus diberi peluang terlibat lebih banyak drama dan filem. 

"Ini satu penghargaan besar. Ketika berlakon saya tidak pernah menyasarkan untuk menang anugerah.

"Sejak kecil sudah terlibat dengan teater. Memang matlamat saya untuk cuba berlakon dalam drama dan filem. Mendapatkan watak ini pun adalah suatu di luar jangkaan," luahnya.

Pelakon lain yang turut tercalon dalam kategori sama ialah Samara Kenzo menerusi filem Kenzo, Faye An Ying Fei (Circus Of Life), Yy Aleyqa (Denu) dan Dina Allysha (Mak #SalamDariSyurga).

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Khadam menang besar FFM35 

Artikel Lain

Khadam menang besar FFM35