Solat berjemaah merupakan antara aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga. -Gambar hiasan AI
SOLAT berjemaah antara aktiviti yang mampu mengeratkan silaturahim lebih-lebih lagi apabila semua ahli keluarga berkumpul pada musim cuti di kampung.Namun tidak semua lelaki mempunyai keberanian untuk tampil ke hadapan menjadi imam meskipun hanya bersama ahli keluarga sendiri. Situasi itu dikongsikan seorang individu yang menceritakan kisah seorang saudara lelakinya yang enggan menjadi imam ketika mereka sekeluarga menunaikan solat berjemaah."Kamu sebagai lelaki rasa ramai tak circle kamu jenis takut jadi iman ketika solat? Balik kampung biasanya aku berjemaah satu keluarga.Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam kerana menjanjikan ganjaran pahala yang lebih besar berbanding solat secara bersendirian. -Gambar hiasan AI"Maka bergilir-gilirlah jadi imam setiap waktu Maghrib dan Isyak. Sampai giliran suami sepupu, dia mati-mati tak nak," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.Individu itu mendakwa, saudaranya itu berkeras menolak pelawaan tersebut meskipun sudah dipujuk supaya mencuba dengan hanya membaca surah pendek.Dia berpendapat solat berjemaah bersama keluarga sepatutnya menjadi ruang untuk saling belajar dan membiasakan diri, bukannya tempat untuk mencari kesempurnaan.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda serba salah kerja sebagai operator gudang, dakwa terlalu sibuk susun barang hingga tiada masa untuk solatARTIKEL BERKAITAN: Lama tinggal solat, lelaki mula cari sejadah lepas kematian adik tersayang... Syukur jumpa jalan istiqamah!"Saya kata tak apa, cubalah... baca surah pendek je. Mati-mati dia tak nak. Padahal sama je macam solat biasa," kongsinya lagi.Di ruangan komen, perkongsian individu berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.Namun rata-ratanya berpendapat situasi tersebut mungkin berlaku disebabkan kurangnya keyakinan diri dan kebimbangan melampau sehingga berasa gugup apabila perlu mengetuai solat berjemaah.Seorang individu berkongsi kisah saudara lelakinya yang enggan menjadi imam ketika solat berjemaah bersama keluarga.Lelaki itu tetap menolak meskipun sudah dipujuk untuk membaca surah-surah pendek sahaja.Individu berkenaan berpendapat solat berjemaah bersama keluarga merupakan ruang untuk belajar dan membina keyakinan diri.Netizen berpandangan sikap tersebut mungkin berpunca daripada kurang keyakinan diri atau masalah anxiety.Mana-mana individu tidak sepatutnya dipandang rendah kerana kekurangannya.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut mereka, perkara itu tidak seharusnya dipandang remeh kerana setiap orang mempunyai tahap keyakinan dan keselesaan berbeza."Kalau dia takut nak jadi imam maksudnya ada la tu yang dia tidak yakin. Contohnya, dia takut salah tajwid, bacaan salah."Atau mungkin dia saja tolak sebab ada yang lagi selayaknya jadi imam."Mungkin ada kekurangan dalam diri dia. Dia pun mahu solat itu sah, dia elak jadi imam. Janganlah kita pandang hina atau rendah pada dia," komen netizen.