suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama tinggal solat, lelaki mula cari sejadah lepas kematian adik tersayang... Syukur jumpa jalan istiqamah!

Ramai yang menerima hidayah lepas kehilangan insan tersayang. -Gambar hiasan AI

HIDAYAH boleh hadir dalam pelbagai cara.

Kadangkala kehilangan insan tersayang menjadi titik tolak yang membuatkan seseorang kembali menilai 'perjalanan' hidupnya.

Menurut perkongsian seorang lelaki, kematian adiknya pada 12 September lalu menyedarkannya bahawa ajal tidak mengenal usia.

Mengakui sudah lama meninggalkan kewajipan itu, dia berkata kehilangan tersebut mendorongnya untuk kembali solat.

Doa merupakan senjata umat muslimin. -Gambar hiasan

Doa merupakan senjata umat Islam. -Gambar hiasan

"Aku dah lama tinggal solat. Masa adik aku meninggal 12 September lalu, buat aku sedar mati tak kenal umur. Jadi aku mula solat dari Maghrib ke Isyak. Subuh itu kadang-kadang," tulisnya di Threads.

Akuinya, setiap perubahan pastinya menuntut usaha yang kuat dan konsisten untuk istiqamah.

Justeru dalam proses memperbaiki diri, dia turut menggunakan pendekatan unik dengan mengaitkannya dengan rutin senaman di gim.

Jelasnya, jika dia boleh rasa bersalah apabila terlepas sehari ke gim, perasaan yang sama juga mahu dipupuk terhadap solat lima waktu.

  • Kematian adik pada 12 September menyedarkan seorang lelaki bahawa ajal tidak mengenal usia.
  • Mengakui sudah lama meninggalkan solat, dia mula menunaikannya semula secara berperingkat.
  • Dia menjadikan disiplin bersenam di gim sebagai dorongan untuk membina rutin menjaga solat.
  • Jika dahulu berasa bersalah apabila tidak ke gim, kini perasaan sama muncul apabila mahu meninggalkan solat.
  • Rata-rata netizen memberikan semangat dan mendoakan agar dia terus istiqamah memperbaiki diri.

Menurutnya, jika dia boleh berasa bersalah apabila tidak pergi ke gim walaupun sehari, perasaan sama juga mahu diterapkan terhadap kewajipan menunaikan solat.

"Gim... kenapa aku boleh rasa serba salah dekat diri kalau tak pergi walau sehari? Macam itu aku buat dekat solat.

"Alhamdulillah, sekarang apabila nak tinggal... rasa serba salah sangat," luahnya yang semakin berjaya istiqamah menunaikan solat lima waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati kering, gila jenama! Ibu sedih anak sulung berubah biadab, sanggup melawan sebab tak penuhi gaya hidup mewah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu bersangka buruk, wanita nampak perubahan positif lepas suami sertai geng motosikal besar - “Circle dia memang lain”

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya memberikan respons positif sambil turut mendoakannya agar terus berada di landasan yang benar.

"Insya-Allah, perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya awak buat daripada beberapa bahagian berbanding tak buat langsung.

"Allah dah mula jentik hati kau, bermakna Dia masih sayang kau, jadi terus kuatkan semangat dan istiqamah.

"Iman kita ni turun naik, biarlah buat untuk diri sendiri dan bukan mencari validasi dari sesiapa pun," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain