suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu jadi ‘spy’ dalam grup rakan sekolah, pantau perbualan anak bimbang ada benda tak elok - “Realitinya sangat menakutkan”

Pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon pintar oleh kanak-kanak bawah umur sangat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. -Gambar hiasan AI

PENGGUNAAN gajet tanpa kawalan dalam kalangan kanak-kanak mencetuskan kebimbangan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai masalah tanpa disedari ibu bapa.

Disebabkan perkara itu, seorang wanita memberitahu dia memantau penggunaan telefon anaknya secara rutin bagi mengesan sebarang perbualan tidak senonoh dalam kalangan rakan sebaya.

"Saya ada anak darjah empat. Semua group chat yang kawan kelasnya buat, semua guna nombor saya sebab anak belum ada telefon sendiri.

Terdapat ibu bapa mengakui risau dengan perbualan yang berlaku di dalam kumpulan perbualan rakan sekolah anak mereka. -Gambar hiasan AI

"Kiranya saya orang dewasa yang baca rahsia budak-budak. Realitinya sangat menakutkan tau!

"Mana anak-anak yang ada telefon sendiri, bawa-bawa check telefon anak. Semak apa mereka chat dekat media sosial," kongsinya.

Bagaimanapun katanya, dia tidak pernah membalas sebarang perbualan rakan-rakan anaknya dalam grup berkenaan kerana tidak mahu dianggap melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar ‘sekolah pandai’ nekad tak buka IG, penat tengok kehidupan kawan-kawan - “Biar saya dengan rentak sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Kod baharu sekat kanak-kanak bawah 16 tahun guna media sosial mulai 1 Jun

Sebaliknya dia hanya mahu memantau bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

Malah dia tidak mahu anaknya menjadi sasaran pembuli jika dia bersuara bagi pihak anaknya di dalam perbualan mereka.

"Saya tak (terus) masuk dan tegur sebab budak kelasnya jenis berpuak-puak dan kaki palau.

  • Perbualan mesej 'cinta monyet' murid Tahun 4 tular di Threads selepas disedari kakaknya.  Ramai warganet mengakui risau dengan trend yang berlaku.
  • Seorang pengguna berkongsi pengalaman memantau perbualan anaknya di dalam kumpulan perbualan rakan sekolah.
  • Ibu bapa mengakui realiti perbualan yang berlaku dalam kalangan anak sekolah adalah membimbangkan.
  • Ibu bapa juga tidak boleh menegur secara terus kerana risau kesannya terhadap anak di sekolah.

"Saya tak mahu disebabkan saya, anak terima kesannya.

"Anak saya tak tahu pun dia ada banyak group sebab saya mute dan archived semua group merapu kecuali satu group homework yang dikendali guru kelas.

"Saya baca dan padam. Ambil point untuk sentiasa nasihatkan anak. Setiap kali buka chat, hati berdebar sebab takut anak terlibat. Risau seorang ibu hanya Allah yang tahu," kongsinya.

Artikel Lain