suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilanggar hingga terjatuh, motosikal gesel kereta sampai bercalar... Dua ‘rider’ terus berlalu pergi, enggan bertanggungjawab

Tangkap layar video tular kejadian yang berlaku melibatkan dua rider dan seorang penumpang kereta.

SEORANG penunggang motosikal p-hailing terjatuh selepas dipercayai dilanggar sebuah motosikal lain sebelum bergesel dengan sebuah kereta yang berhenti di jalan.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak Jumaat, memaparkan keadaan tegang membabitkan dua penunggang motosikal dan pemandu kereta berkenaan.

Insiden dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Galaxy Mall–Universitas Airlangga (Unair), Surabaya, Indonesia.

Menerusi rakaman meraih lebih 11 juta tontonan di TikTok, seorang penunggang motosikal dipercayai pemandu p-hailing (ojol) dilihat terjatuh selepas motosikalnya dilanggar penunggang lain.

Akibat kejadian itu, lelaki membawa penumpang berkenaan terjatuh sebelum motosikalnya bergesel dengan sebuah Honda BR-V putih yang sedang berhenti di tepi jalan.

Situasi kemudian mencetuskan pertengkaran antara kedua-dua penunggang motosikal terbabit.

Penumpang kereta turut dilihat keluar untuk memeriksa bahagian pintu yang terkena geseran sehingga meninggalkan kesan calar pada kenderaan itu.

Wanita berkenaan kemudian cuba menenangkan keadaan dan meminta pihak terlibat bertanggungjawab.

Bagaimanapun, kedua-dua penunggang motosikal itu dilihat meninggalkan lokasi tanpa menyelesaikan perkara berkenaan. -Agensi

Artikel Lain

Khadam menang besar FFM35