RAGAM pelanggan kadangkala boleh menyebabkan pekerja berdepan situasi yang tidak dijangka, lebih-lebih lagi ketika baru memulakan pekerjaan.Itu dilalui seorang gadis apabila dia berdepan dengan seorang pelanggan pada hari pertama bekerja di sebuah kedai. Menurut gadis tersebut, dia ketika itu sedang belajar mengendalikan kaunter pembayaran sebelum didatangi seorang lelaki yang sedang beratur memarahinya lembab. "Pelanggan itu tanya saya orang baru ke. Saya jawab ya, terus dia kata saya orang Bangladesh.Terdapat pelbagai ragam pelanggan yang perlu dihadap juruwang. -Gambar hiasan AI"Dia kata orang mana? Orang Bangladesh ke? Lambat sangat macam Bangladesh,” katanya.Gadis itu berkata, dia hanya mampu tersenyum ketika mendengar kata-kata tersebut sebelum beberapa kakitangan lain tampil membantunya."Rakan sekerja datang beritahu saya orang Melayu, sebelum seorang lagi menyuruh semua bertenang."Saya masa tu mata dah berair, ye la hati tisu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkedu peniaga tak terima QR, bagi tunai tapi tiada tukaran duit kecil - “Ingat ini tahun 1990 ke?“ARTIKEL BERKAITAN: SA senior buat tak layan pelanggan pandu Wira, pekerja baharu akhirnya ‘close deal’ dua buah kereta! - “Tengok slip gaji terus kering darah!”Selepas pelanggan berkenaan beredar, rakan sekerjanya kemudian memaklumkan bahawa lelaki tersebut memang sering berkelakuan sedemikian.“Kalau dia ada, memang kami akan kira barang dia beli dulu sebab perangai tak reti sabar,” kata rakan sekerja gadis itu.Rakan sekerjanya juga cuba menenangkan keadaan sambil meluahkan rasa geram terhadap pelanggan terbabit.Gadis itu turut mengakui dia berasa sangat terganggu apabila pelanggan berkenaan terus ketawa selepas dimaklumkan bahawa dia adalah orang Melayu.Gadis kongsi pengalaman berdepan pelanggan pada hari pertama bekerja.Pelanggan menyindirnya ‘lambat sangat macam Bangladesh’.Gadis mendakwa hampir menitiskan air mata selepas mendengar kata-kata itu.Rakan sekerja tampil menenangkan dan mempertahankannya.Netizen turut berkongsi pengalaman pernah disindir pelanggan kerana warna kulit.Ringkasan ini dijana oleh AI“Lepas mereka jawab Melayu, dia gelak-gelak dan cakap, Melayu ke? Macam Bangladesh,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui ada segelintir pelanggan bersikap sedemikian terutama dalam kalangan orang berusia."Aku pun pernah kena dengan seorang makcik, dia tanya aku dah makan ke belum. Bila jawab dah, terus dia kata aku lembab sebab baru lepas makan."Aku Melayu, sebab kulit aku gelap pernah ada pelanggan panggil aku orang Bangladesh," komen warga maya.