PEMBAYARAN melalui kod QR kini boleh dikatakan menjadi sebahagian daripada urusan jual beli, termasuk dalam kalangan peniaga kecil.Namun, seorang lelaki berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila sebuah premis menjual makanan tidak menyediakan kemudahan pembayaran berkenaan. Lebih mengecewakan peniaga wanita berkenaan juga memberi pelbagai alasan saat memberikan wang tunai seperti diminta.Pengunaan kod QR sudah menjadi kelaziman dalam urusan jual beli. -Gambar hiasan AI"Aku nak beli nasi Harga RM8, tanya orang kedai ada QR tak? Dia jawab tak kan RM8 pun nak QR? Tiada QR, tunai sahaja."Aku pun seluk dompet, keluarkan RM50. Kebetulan memang ada duit besar je untuk kecemasan," kongsinya.Namun, tindakan itu sekali lagi menimbulkan masalah apabila peniaga berkenaan memaklumkan tidak mempunyai wang kecil untuk memberikan baki.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas imbas tiket guna kod QR, pemuda disekat depan pintu panggung wayang... Tebal muka lepas staf datang tanya satu soalanARTIKEL BERKAITAN: Ramai kongsi kod QR di media sosial, teruja lihat tawaran beri wang percuma... Akhirnya akaun 'lesap'"Dia bagi alasan tiada duit kecil. Tak ada duit kecil tak apa, ini QR tak ada, duit kecil pun tak ada. Kamu ingat ini tahun 1990 ke?“Boleh pula dia minta aku cari duit kecil dengan pelanggan lain. Saja nak susahkan hidup yang dah susah,” katanya. Perkongsian lelaki itu di media sosial mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan peniaga seharusnya mempunyai wang kecil mencukupi jika tidak menyediakan kemudahan QR.Lelaki kecewa premis makanan tidak menyediakan pembayaran QR.Hasrat bayar nasi RM8 secara QR disindir peniaga.Pelanggan kemudian menghulurkan RM50 tetapi peniaga tiada wang baki.Dia turut diminta menukar wang dengan pelanggan lain.Netizen berpendapat peniaga perlu sediakan wang kecil jika hanya menerima tunai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pernah kena macam ni, dah tiada QR, bila bagi tunai dia bising kata duit besar. Malas nak pening saya terus tak jadi beli."Sepatutnya guna QR la senang. Terus masuk akaun, tak payah dah nak keluar sambil bawa duit tunai tebal. Lagi selamat."Selalu kena sindir bila beli barang harga bawah RM10 guna QR. Peniaga minta tunai," komen warga maya.