KEGAGALAN pihak pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM13,000 membawa padah apabila majlis perkahwinan dibatalkan pada hari pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri.Lebih mengejutkan, keluarga lelaki dikatakan sudah dalam perjalanan dari Selatan ke Pantai Timur dengan konvoi enam buah kereta. "Ada kawan cerita abangnya bawa masalah besar kepada keluarga. Sepatutnya abang dia kahwin hari Jumaat tapi dibatalkan sebab tak bawa duit hantaran sebanyak RM13,000.Setiap majlis perkahwinan biasanya menelan belanja banyak untuk dilaksanakan. -Gambar hiasan"Tak tahu hilang atau apa. Keluarga mereka pula datang dari Selatan ke Pantai Timur. Konvoi dalam enam buah kereta dan sewa homestay dekat kampung bakal menantu," katanya.Menurutnya, keluarga pengantin perempuan nekad membatalkan majlis tersebut malah membuat laporan polis berhubung kegagalan pihak lelaki membawa wang hantaran.Malah, lelaki terbabit dikatakan turut dibawa ke balai polis, manakala ahli keluarganya terpaksa berusaha mengumpulkan wang sebanyak RM13,000 dalam tempoh singkat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin, wanita tebal muka minta semua pihak pulangkan deposit! ‘Ajaib’ semua setuju refund, tak banyak ‘songeh’ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!"Polis tak mahu lepaskan selagi duit tak dibayar. Adik-beradik dia memang struggle meminta sana sini untuk cukupkan RM13,000 dalam masa satu hari."Bayangkan sampai pukul 2 pagi dia telefon nak pinjam duit untuk selesaikan masalah ini," ujarnya.Bagaimanapun, dia tidak mengetahui punca sebenar wang hantaran tersebut tidak dapat disediakan oleh pihak lelaki menjelang hari pernikahan.Majlis batal gara-gara duit hantaran RM13,000.Keluarga sanggup konvoi jauh, namun pulang hampa.Belum sempat akad nikah, pengantin lelaki dibawa ke balai.Adik-beradik terpaksa kumpul RM13,000 dalam sehari.Persiapan lengkap, majlis perkahwinan akhirnya dibatalkan.Ringkasan ini dijana oleh AIAdik kepada pengantin lelaki terbabit dikatakan kecewa dengan tindakan abangnya, namun tidak dapat bersama-sama keluarganya ke Pantai Timur kerana terikat dengan urusan kerja.Menurut perkongsian itu lagi, keluarga pengantin perempuan juga terpaksa menanggung kerugian apabila pelbagai persiapan termasuk dewan, pelamin dan katering sudah ditempah lebih awal.Dia bagaimanapun tidak mengetahui secara terperinci tempoh pertunangan atau perkenalan pasangan terbabit sebelum perkahwinan mereka akhirnya tidak dapat diteruskan.