suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami kantoi kena ‘scam’ RM8,000! Isteri pula didesak langsaikan hutang, rupanya pinjam duit abang sendiri buat pelaburan

Kebanyakan isteri pastinya simpati melihat suami yang dibebani hutang. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila dipaksa melangsaikan hutang suaminya selepas didesak oleh keluarga mentuanya.

Kata wanita itu, dia bukannya tidak mahu membantu suaminya yang sedang dilanda masalah tetapi cara paksaan yang digunakan membuatkan dia berasa kecewa.

Apatah lagi, hutang tersebut bukan berpunca daripada dirinya selain tidak tahu menahu suami meminjam wang daripada keluarganya.

Setiap isteri pastinya mencari cara untuk membantu suami dalam kesusahan. -Gambar hiasan

"Suami terlibat dengan pelaburan scam RM8,000 tanpa pengetahuan saya dan suami ada berhutang beberapa ribu dengan abangnya.

"Tak sampai tiga hari, dah menekan-nekan suruh bayar. Abang dia suruh suami minta dengan saya.

"Suami pula menekan-nekan saya suruh bayarkan dulu hutang abangnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 17 tahun sara keluarga, jadi tukang bayar loan bank dan hutang Ah Long suami... Isteri tak pernah tahu mana pergi wang dipinjam

ARTIKEL BERKAITAN: Makan pun kena catu... Suami isteri tanggung azab lepas bermewah buat majlis kahwin, gaji habis bayar hutang RM40,000!

Tertekan asyik didesak oleh abang dan kakak iparnya, dia akhirnya akur dengan permintaan itu dan menggunakan wangnya melangsaikan hutang suami.

"Saya malas nak pening-pening, terus saya bank in duit ke akaun abangnya. Tak fasal-faal bulan itu terpaksa tangguh servis kereta," jelasnya.

Menjengah ke ruang komen, netizen menyifatkan tindakan suami wanita itu sebagai tidak wajar dan tidak sepatutnya meletakkan masalah diciptanya sendiri di atas bahu sang isteri.

  • Isteri terpaksa bayar hutang suami selepas didesak keluarga.
  • Wang sendiri habis demi selesaikan hutang abang ipar.
  • Suami rugi RM8,000 akibat scam, isteri pula tanggung beban.
  • Terpaksa skip servis kereta selepas bayar hutang suami.
  • Netizen nasihat isteri jangan tanggung kesilapan suami.

"Cuba pakat dengan kawan-kawan konon mereka desak awak bayar hutang. Tengok apa dia nak buat?

"Suami tahu awak ada duit. Esok-esok tengok dia buat lagi ke tak. Jadikan sebagai pengajaran.

"Kadang-kadang sebagai isteri, kalau macam ini gaduh pun tidak mengapa. Asalkan dia ada rasa tanggungjawab selesaikan masalah sendiri," antara komen netizen.

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk