Segelintir individu gemar mendapatkan bantuan jiran tetangga bagi menjaga anak-anak semasa ketiadaan mereka. -Gambar hiasan AI
SIKAP bertolak ansur demi menjaga hubungan baik sesama jiran memakan diri seorang wanita yang kini dijadikan 'penjaga' tanpa gaji.Cerita wanita ini, jirannya tanpa segan silu membuat 'tempahan' meminta menghantar dan mengambil anaknya ke sekolah pada tahun hadapan. "Macam mana nak tolak permintaan jiran tanpa mencetuskan masam muka atau pergaduhan?Hubungan baik sesama jiran perlu dijaga bagi mengelakkan perselisihan faham. -Gambar hiasan AI"Jiran nak tumpangkan anak dia yang baru masuk Tahun Satu ke sekolah nanti sebab sekolah sama dengan anak-anak aku," luahnya di Threads.Jelas wanita itu, dia cuba menolak permintaan itu kerana tidak mendapat izin suami selain anak-anak biasanya dihantar menggunakan motosikal.Namun jirannya itu bukan sahaja tidak memahami 'penolakan' tersebut malah menganggap suaminya seorang yang berkira.Seorang wanita serba salah apabila jirannya meminta bantuan menghantar dan mengambil anak ke sekolah mulai tahun hadapan.Dia keberatan menunaikan permintaan tersebut atas faktor keselamatan kerana anak-anaknya kadangkala dihantar menggunakan motosikal.Jiran berkenaan didakwa menganggap suaminya berkira selepas tidak membenarkan wanita itu membawa anak mereka.Wanita tersebut sebelum ini pernah dua kali menjaga anak jirannya sehingga lewat malam tanpa bayaran.Warga maya menasihatinya supaya berterus terang dan menetapkan batasan bagi mengelakkan dia terus dipergunakan atau berdepan masalah kemudian hari.Ringkasan ini dijana oleh AI"Meme laki mu payoh baso eh? Jate jenis payoh baso tu tak tene la mu, jenis tok laki tak leh kecek kiro," ujarnya berkongsi kata-kata jirannya dalam dialek Kelantan.Menurut pengadu lagi, permintaan itu mungkin disebabkan dia pernah menjaga anak jirannya itu sebelum ini."Hari pertama dia hantar hanya bekalkan donut dua biji dan kali kedua nuget empat ketul. Tak ada hulur duit pun," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Jiran naik lemak lepas sekali dibantu! 'Pantang' dengar bunyi pagar kelam kabut keluar minta tolong hantar anak ke sekolahARTIKEL BERKAITAN: Niat buat baik dengan jiran Rohingya bawa padah, lelaki sampai sanggup belikan peti ais... Netizen syak kena pukau, suruh pergi berubat!Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bertegas dengan perkara tersebut bagi mengelakkan masalah di kemudian hari."Macam-macam bala bakal menimpa ni, dia nak jimat duit pengangkutan dan transit je tu."Kena terus terang cakap tak boleh sebab nanti lepas habis sekolah mesti anak dia akan duduk rumah awak pula," demikian reaksi netizen.