suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita menangis dalam kereta, sakit hati rakan sekerja kutuk masakan ibu bau macam sampah! - “Siap buka tingkap, pasang diffuser”

Setiap orang perlu tahu menjaga adab dan bersikap profesional ketika di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

SELERA seorang gadis untuk menikmati juadah ketam masak sambal telur pecah yang disediakan ibunya terbantut gara-gara keceluparan mulut rakan sekerjanya.

Ceritanya yang sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat, dia memang ternanti-nanti untuk menjamah hidangan tersebut memandangkan ia lauk kegemarannya.

Namun ketika baru hendak menjamah makanan tersebut di pantri, salah seorang rakan sekerjanya mengutuk bau hidangan tersebut seperti sampah.

Penghinaan melibatkan makanan merupakan satu isu sensitif. -Gambar hiasan AI

"Sudah la lapar dari pagi tak makan. Saya terkedu, hilang selera bila rakan sekerja kata makanan saya bau macam dari tandas.

"Siap buka tingkap, pasang diffuser dan lilin bakar sebab katanya bau sampah.

Kau fikir aku ini makan sampah ke?," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan sayu lihat bekal pekerja waktu rehat! Staf tetap senyum, syukur... Kutip walau sebutir nasi jatuh

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gigih bangun awal siapkan bekal setiap hari... Hancur hati tengok suami lepak rumah mentua, rupanya tak kerja

Cerita gadis itu, akibat berasa terhina dia terus menyimpan bekalan dimasak ibunya sebelum menyorok di dalam kereta dan menangis.

"Kenapa ada sesetengah orang susah betul nak bertolak ansur atau tegur elok-elok.

"Sebab aku ini intern ke? Sebab itu kau buat aku macam tak ada hati perut? Jadi intern memang kena banyak makan hati ke?" soalnya.

  • Teruja bawa bekal ibu, akhirnya hilang selera.
  • Makanan dikata bau sampah, wanita terus terkedu.
  • Bekal masakan ibu jadi punca wanita menangis.
  • Rakan sekerja buka tingkap, bekal wanita dipertikai.
  • Kecewa dengan layanan diterima hanya kerana bekal makanan.

Susulan insiden tersebut, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk tidak lagi makan di pantri pejabat.

"Waktu lunch lepas ini memang aku keluar je. Kalau tak, balik makan dekat rumah atau kedai. Kalau tak, duduk dalam kereta je la. 

"Dalam kita dah berhati-hati sekali pun, masih ada orang yang tak senang dengan kita. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Walaupun kita diam ke buka mulut ke mesti ada je yang tak puas hati," ujarnya lagi.

Artikel Lain