suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri geram mentua minta slip gaji suami, paksa beli motosikal untuk adik ipar baru mula kerja! Nak dilarang, bimbang dituduh penghasut

Setiap ibu pasti rasa teruja untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anak-anaknya. -Gambar hiasan AI

KETERUJAAN seorang wanita merancang sambutan hari lahir anak bertukar hiba apabila keluarga mentua memberi pelbagai alasan untuk tidak hadir.

Lebih mengguris hati, bapa mentua yang pada awalnya mendakwa sibuk bekerja tiba-tiba mempunyai masa untuk datang selepas suaminya bersetuju membantu urusan pembelian motosikal si adik.

Situasi itu membuatkan wanita ini bertambah terkilan, apatah lagi persetujuan dibuat bagi mengelakkan pertengkaran dengan keluarga sendiri.

"Aku nak buat sambutan hari lahir anak, biasalah keluarga sebelah suami mesti akan buat perangai.

Penggunaan maklumat peribadi untuk pinjaman kenderaan individu lain adalah tidak wajar. -Gambar hiasan AI

Penggunaan maklumat peribadi untuk pinjaman kenderaan individu lain adalah tidak wajar. -Gambar hiasan AI

"Ayah mentua siap cakap yang dia bekerja sampai petang, kakak ipar pula cakap sibuk... semua bagi alasan. Jadi saya okay je sebab tak mahu paksa orang datang," ujarnya di Threads.

Dia dan suami bagaimanapun terkejut apabila ibu mentua kemudiannya memaklumkan adik suami mahu membeli motosikal.

Tidak hanya itu, ibu mentuanya turut meminta kebenaran untuk menggunakan slip gaji suaminya kerana pendapatan adik ipar tidak memenuhi syarat.

  • Seorang wanita terkilan apabila keluarga mentua memberi alasan sibuk untuk tidak menghadiri sambutan hari lahir anaknya.
  • Ibu mentuanya kemudian meminta untuk menggunakan slip gaji dan bank suaminya bagi urusan pembelian motosikal adik yang baru empat bulan bekerja.
  • Suaminya akhirnya bersetuju bagi mengelakkan pertengkaran keluarga, dengan syarat bayaran dibuat mengikut jadual ditetapkan.
  • Bapa mentua yang sebelum itu mendakwa sibuk tiba-tiba menyatakan boleh hadir selepas suaminya bersetuju membantu, sekali gus mengguris hati pengadu.
  • Wanita itu turut terkilan dengan perbezaan layanan terhadap cucu melibatkan bayaran tempahan kuih, manakala netizen menyarankannya menjaga jarak dengan keluarga mentua.

Tambahan pula, anak muda terbabit baru bekerja selama empat bulan.

"Masa ini aku dah rasa tak sedap hati dan kami minta izin balik rumah untuk berbincang, tiba-tiba aku terdengar yang mereka minta bayar guna bank suami.

"Mula-mula suami tak mahu bagi sebab dah melibatkan bank tapi kalau tak tolong mesti keluarga dia ingat aku yang hasut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung

"Jadi suami bagi semua dengan syarat bayaran dibuat mengikut jadual ditetapkan," tambahnya lagi.

Menurut pengadu, apa mengejutkan adalah bapa mentuanya tiba-tiba menyatakan kelapangan untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir anaknya.

Perubahan itu membuatkan pengadu mempersoalkan alasan sibuk yang diberikan sebelum ini, sekali gus menambah rasa sedih terhadap layanan keluarga mentuanya.

Sambutan hari lahir akan meriah dengan kehadiran sanak saudara. -Gambar hiasan AI

Sambutan hari lahir akan meriah dengan kehadiran sanak saudara. -Gambar hiasan AI

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia menjaga jarak supaya tidak tertekan dengan sikap keluarga mentua.

"Selamat menanggung hutang sis dan selepas ini tak perlu tempah makanan dari mak mentua, bayar pada orang lain je.

"Saya lebih rela masam muka daripada menyusahkan suami di kemudian hari.

"Percayalah, beberapa bulan nanti bank akan mula hubungi untuk dapatkan bayaran yang tertunggak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain