Setiap pekerja pastinya mengharapkan ganjaran setimpal atas keringat dan bakti yang dicurahkan. -Gambar hiasan AI
DALAM dunia pekerjaan, soal gaji sememangnya menjadi antara perkara sensitif yang tidak patut dibincangkan secara terbuka sesama rakan sekerja.Mengalami situasi mengecewakan itu, seorang pemuda meluahkan rasa kecewa selepas mendapat tahu rakan sekerja baharu di pejabatnya menerima jumlah pendapatan yang lebih tinggi. "Baru tahu rakan sekerja baru tu gaji lebih tinggi daripada aku. Padahal dia kurang berpengalaman. Kami berdua sama-sama baru keluar universiti.Soal gaji tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka sesama rakan sekerja. -Gambar hiasan AI"Aku ada pengalaman ekstra setahun. Pengalaman dia pula hanya enam bulan. Agak sedihlah. Aku di sini buat semua benda menjangkaui skop kerja."Aku juga kena ajar semua orang, tapi pekerja baru pula yang dapat gaji lebih tinggi. Ini membuatkan aku hilang motivasi," luahnya.Menurut pemuda itu lagi, dia tidak menyalahkan pekerja terbabit, sebaliknya mempersoalkan sistem yang diamalkan syarikat tempat mereka bekerja.Pemuda kecewa selepas tahu jumlah gaji seorang pekerja baharu.Dia hairan bagaimana pekerja baharu itu menerima gaji lebih tinggi.Dia mendakwa dirinya memiliki pengalaman lebih lama berbanding pekerja itu.Dia kini berada dalam dilema dan meminta orang ramai memberi pendapat tentang isu itu.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran sama di aplikasi Threads, dia turut meminta orang ramai meninggalkan pendapat serta saranan untuk mendepani situasi berkenaan.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui isu diskriminasi gaji itu bukan perkara baharu, malah ramai yang pernah mengalami nasib sama sehingga mengambil keputusan angkat kaki."Kawan saya pun baru masuk syarikat saya kerja, tapi gajinya lebih tinggi. Jadi saya pun berhenti dan kini dapat gaji lebih tinggi di tempat lain.ARTIKEL BERKAITAN: Minta gaji RM5,000 tapi soalan asas pun tak boleh jawab... Penemu duga ‘kagum’ calon Gen Z berangan tahap maksimum!ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM4,500 terus junam jadi RM1,700! Wanita dakwa suami ‘dihukum’ majikan zalim, upah dipotong lepas EL jaga anak sakit"Senaraikan semua kerja yang awak kena buat, lepas tu minta syarikat nilai semula jumlah gaji awak dengan data yang konkrit."Lebih baik awak cari kerja baru. Apabila dapat kerja baru, kamu akan dapat gaji lebih tinggi," tulis netizen.