suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar ‘intern’ malu penyelia lelaki tegur badan berbau busuk, rakan-rakan pun tak pernah ‘complaint’ - “Mulut mereka lagi lancang”

Pelajar latihan industri perlu bersikap terbuka dalam menerima teguran penyelia. -Gambar hiasan AI

MASALAH bau badan boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri, apatah lagi jika ia menjadi bahan umpatan orang sekeliling.

Menurut seorang gadis yang sedang menjalani latihan industri, dia juga baru sahaja ditegur oleh senior tentang masalah bau badannya.

Namun menurut gadis itu, dia tidak menyedari badannya berbau, malah perkara itu tidak pernah dibangkitkan rakan-rakannya sebelum ini.

Masalah bau badan boleh mengganggu orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

"Hari ini penyelia lelaki panggil aku ke bilik mesyuarat. Dia tanya sekiranya aku sedar ke tidak kesilapan aku? Dia kata, ramai yang mengadu badan aku berbau. 

"Sepanjang aku belajar, tiada seorang pun yang tegur. Sedangkan mulut kawan-kawan aku lebih lancang," luah gadis itu.

Menurut gadis itu, dia sentiasa menyembur minyak wangi dan menggunakan deodoran untuk memastikan tubuhnya berbau segar setiap hari.

  • Seorang gadis ditegur tentang masalah bau badannya.
  • Teguran itu dibuat oleh penyelia lelaki di tempat praktikalnya.
  • Gadis itu malu kerana teguran dibuat oleh seorang lelaki.
  • Dia turut mempersoalkan aduan itu kerana tidak pernah ditegur sebelum ini.

Dalam pada itu, dia menganggap teguran berkenaan agak memalukan kerana perkara itu disampaikan oleh penyelia lelaki.

"Aku tak kisah pun kena tegur. Teguran buat kita belajar jadi matang tapi itu benda yang privasi.

"Kalau betul badan aku berbau pun, kenapa lelaki yang tegur? Sedangkan yang buat aduan perempuan," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern panas hati dituduh asyik balik awal, staf kontrak siap ugut gagalkan latihan industri - “Tolonglah jangan jahat sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut Gen Z anak orang kaya! Wanita tegur pelajar ‘intern’ cipta budaya bagi hadiah satu pejabat

Gadis itu berkongsi kisahnya menerusi aplikasi Threads sehingga dia turut menerima pelbagai komen netizen.

"Dia dah panggil awak dalam bilik mesyuarat, tegur secara tertutup. Jadi terimalah teguran tu.

"Cuba minta kawan-kawan cakap dengan jujur. Ada je minyak wangi yang bau tengik," tulis netizen.

Artikel Lain