PERKONGSIAN mengenai kehidupan peribadi di media sosial kini sudah menjadi perkara biasa, malah ada yang gemar menayangkan pelbagai sisi kehidupan untuk tatapan umum.Namun bagi seorang wanita, tabiat bekas kekasihnya yang terlalu gemar menunjuk-nunjuk di media sosial pernah menjadi kenangan paling meloyakan sepanjang mereka menjalinkan hubungan. Menurutnya, lelaki itu tersangat cerewet menjaga susunan gambar di akaun Instagram (IG) sehingga setiap aktiviti termasuk ketika makan perlu dirakam terlebih dahulu.Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga gemar menayang bentuk badan dan disifatkan terlalu taksub dengan ketampanan diri sendiri.Berkongsi makanan merupakan salah satu cara untuk berjimat ketika keluar bersama. -Gambar hiasan AI"Pernah bercinta dengan lelaki yang jaga feed IG. Makan ambil gambar, lepas makan ambil gambar."Tayang body dekat IG. Terlalu sayang dengan diri sendiri. Aku ambil gambar dia senget sikit kena marah," katanya bercerita dalam perkongsian di media sosial.Lebih mengejutkan, wanita itu berkata penampilan lelaki berkenaan di Instagram seolah-olah menggambarkan dia hidup dalam kemewahan.ARTIKEL BERKAITAN: Bangga tayang six pack di gim, kongsi di media sosial... Tapi awas, jatuh haram jika wanita pandang dengan syahwatARTIKEL BERKAITAN: “Jantan tu tahu bentuk badan kami!” - Gadis berang ‘roommate’ VC lelaki sambil mandi, sampai terlanjur tayang aurat kawan sebilikNamun realitinya jauh berbeza apabila dia mendakwa lelaki tersebut sebenarnya tidak mempunyai banyak wang sehingga kos membeli karipap pun perlu dibahagikan sama rata."Nampak IG gah macam berduit, tapi aku sajalah tahu dia tak ada duit. Bayar karipap pun kena 50-50. Nasib dah putus," ujarnya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dengan sikap lelaki berkenaan, terutama apabila membabitkan pembahagian kos membeli makanan.Dalam pada itu, ada yang berpandangan sikap gemar menunjuk kemewahan di media sosial mungkin berpunca daripada rasa kurang yakin terhadap diri sendiri.Nampak gah di IG, bayar karipap pun kena 50-50.Terlalu jaga imej sampai gambar senget pun boleh kena marah.Rajin tayang body, tapi realiti tak semewah di media sosial.Wanita lega hubungan dengan lelaki itu akhirnya berakhir.Netizen sifatkan sikap suka menunjuk sebagai tanda kurang keyakinan diri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Gila sampai tahap karipap pun nak bahagi dua. Memang patut awak tinggalkan dia. Kawan jantina perempuan tak akan pernah buat awak macam tu."Makan karipap pun kena 50-50? Ni silap hari bulan kalau beli roti berinti harga RM1.20 pun mahu kena bahagi dua juga ni."Satu perkataan untuk dia, kurang keyakinan diri. Dia tahu dia tak ada apa-apa jadi dia tayang macam dia ada macam-macam," komen sebahagian netizen.