suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datang kafe tapi tak order apa-apa, pemilik terkilan premis dijadikan ‘port’ jumpa klien... Tumpang ‘aircond’ tunggu e-hailing pun ramai!

Ramai memilih kafe untuk dijadikan tempat berjumpa kenalan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemilik kafe meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pengunjung yang menggunakan premisnya sebagai tempat untuk melakukan urusan tanpa membeli sebarang makanan atau minuman.

Menurut pemilik berkenaan, kejadian itu disedari selepas dia memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati terdapat individu yang duduk di dalam kafe hampir sejam bagi melakukan urusan bersama klien.

Lebih mengecewakan, ketika itu keadaan kafe dikatakan sedang sesak dengan pelanggan sehingga kakitangan tidak sempat untuk menghampiri dan menegur perbuatan individu terbabit.

"Datang kafe saya, duduk hampir satu jam buat urusan dengan klien tanpa order apa-apa sedangkan waktu itu kafe tengah sesak.

Kafe memang diutamakan untuk merehatkan minda, bersosial dan menikmati makanan. -Gambar hiasan AI

"Staf tak sempat nak pergi dekat dan tegur dia sebab operasi kafe tengah sibuk. Saya pula tak ada dekat kafe. Check CCTV baru perasan," katanya.

Pemilik tersebut berkata, keselesaan yang dinikmati pengunjung di dalam kafe bukan hadir secara percuma.

Di sebalik ruang berhawa dingin dan suasana selesa itu, terdapat pelbagai kos operasi yang perlu ditanggung termasuk bil elektrik, gaji pekerja serta sewa premis.

"Kafe yang selesa dan sejuk pun ada kosnya. Aircond, staf dan sewa premis. Bil elektrik pun bukan makin murah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan berdamai dengan pemilik premis! Sahkan haiwan pada roti bukan tikus, tapi cicak dari rumah sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa rimas ‘kaum kerabat’ pemilik homestay sibuk berkampung dekat kolam, siap buat makan-makan... Percutian 3 hari terganggu!

"Tak perlu order banyak pun. Satu air pun okey. Ini soal adab dan common sense. Kami sebuah kafe, bukannya ruang pertemuan percuma," katanya.

Malah, pemilik itu turut mendakwa ada individu yang masuk ke premis hanya untuk menumpang duduk di bawah penghawa dingin sementara menunggu kenderaan e-hailing tiba.

Menurutnya, individu berkenaan akan terus keluar dari kafe sebaik sahaja pemandu tiba tanpa membeli apa-apa.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ada pemilik kafe lain mengakui pernah berdepan situasi sama.

  • Pengunjung duduk hampir sejam tanpa order apa-apa di kafe.
  • Pemilik kafe pesan ruang premis bukan tempat mesyuarat percuma.
  • Tumpang aircond, tunggu e-hailing tiba.
  • Pemilik kafe persoal adab pengunjung.
  • Netizen cadang tampal notis peringatan.

"Kafe saya pun pernah kena. Datang jumpa klien dekat dua jam, tak order apa pun. Akhirnya dia nak balik, kita paksa dia order juga.

"Saya rasa kafe dah kena mula buat polisi 'No free seating'. Kadang yang duduk je ni ambil ruang untuk pelanggan yang memang nak dine-in," cadang beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen mencadangkan supaya pemilik kafe menampal notis sebagai peringatan kepada pengunjung mengenai penggunaan ruang dan kemudahan disediakan.

Artikel Lain