suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah kacak, pemakaian kemas... Wanita terkedu Gen Z datang mohon kerja tak tahu isi borang, keliru soalan kolum ‘jantina’

Calon pekerja perlu mempersiapkan diri bagi menjalani proses temu duga. -Gambar hiasan AI

GENERASI Z atau lebih dikenali sebagai Gen Z sering dikaitkan dengan pelbagai persepsi negatif terutamanya dalam dunia pekerjaan.

Menurut seorang wanita, dia juga baru berhadapan dengan seorang anak muda yang dianggap masih belum bersedia untuk melangkah ke alam kerja.

"Saya bukan nak menghakimi, tapi anda buatlah penilaian sendiri. Lelaki umur 19 ini datang nak minta kerja. Dia ada rupa paras.

Segelintir majikan kurang gemar dengan sikap tidak serius Gen Z. -Gambar hiasan AI

"Nampak elok, kemas dan bergaya. Pemakaian macam Gen Z. Mula-mula aku bagi dia borang untuk diisi. Terus dia keluar dan hubungi seseorang.

"Aku dengar, dia tanya cara untuk isi borang tu. Bagi aku normal je la, ramai yang tak reti isi borang," ujarnya memulakan cerita.

Namun menurutnya, dia terkedu apabila pemuda berkenaan tidak memahami satu perkataan asas yang terdapat dalam borang berkenaan.

  • Wanita tular selepas kongsi cerita tentang seorang calon pekerja Gen Z.
  • Dia berkata remaja itu tidak tahu untuk isi borang di bahagian maklumat jantina.
  • Dia berkata remaja berusia 19 tahun itu memiliki rupa paras dan penampilan menarik.
  • Netizen beri saranan agar wanita itu beri peluang kerja kepada remaja berkenaan.

"Dia isi borang sambil tanya aku beberapa bahagian yang dia tak tahu. Kemudian dia tanya aku, soalan 'jantina' ini nak jawab macam mana?

"Bukan nak kata dia tak pandai, tapi kepada sesiapa yang datang nak cari kerja, tolonglah bersedia. Itu perkara asas.

"Tapi dalam kejadian itu, saya tetap bantu dia, siap tolong isikan borang. Saya cuma tertanya-tanya bila dia tak tahu bahagian jantina tu," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta gaji RM5,000 tapi soalan asas pun tak boleh jawab... Penemu duga ‘kagum’ calon Gen Z berangan tahap maksimum!

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut Gen Z anak orang kaya! Wanita tegur pelajar ‘intern’ cipta budaya bagi hadiah satu pejabat

Di ruangan komen, beberapa netizen meminta wanita itu agar memberi peluang kepada anak muda berkenaan untuk membuktikan kemampuannya.

"Bagi peluang dia kerja dulu. Mana tahu dia tak tahu isi borang je tapi kerjanya bagus. Setiap manusia ada kelemahan.

"Mungkin dia budak kurang upaya yang ada masalah pembelajaran. Nampak luaran je normal. Arwah anak saya pun macam itu.

"Janganlah hakimi dia. Mungkin dari kecil sampai besar mak ayah dia yang selalu tolong isi borang," tulis netizen.

Artikel Lain