suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dunia F&B memang kejam! Staf ‘koyak’ hadap perangai pelanggan cuai, tambah kerja kena mop lantai melekit!

Ada pekerja F&B mengalami tekanan gara-gara sikap pelanggan. -Gambar hiasan AI

MEREKA yang bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B) sememangnya memerlukan kesabaran tinggi kerana perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan setiap hari.

Menurut seorang gadis, dia juga geram apabila ada pelanggan yang tidak berhati-hati sehingga menyebabkan minuman tumpah di atas lantai, sekali gus menambah bebanan kerjanya pada hari kejadian.

"Kepada pelanggan, boleh tak waktu nak ambil makanan atau minuman tu, telefon simpan dulu dalam poket atau dalam beg?

Pelanggan tidak sepatutnya melayan pekerja F&B seperti hamba. -Gambar hiasan AI

"Serabutlah, nak pegang air lagi, lepas tu pegang telefon pula. Kemudian air tumpah. Boleh pula dia minta ganti?

"Eh makcik, kau ingat senang ke nak mop air gula ni? Kena bilas banyak kali tau. Lepas tu minta ganti pula," luahnya.

Menurut gadis itu, dia tidak berkeseorangan kerana ramai lagi pekerja F&B turut berdepan situasi sama hampir setiap hari.

  • Gadis tular selepas kongsi luahan hatinya tentang realiti kerja F&B.
  • Dia berkongsi cerita tentang pelanggan yang menumpahkan minuman.
  • Pelanggan itu minta minuman ganti walaupun ia berlaku atas kecuaian sendiri.
  • Beberapa pekerja F&B turut tampil berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.

"Dapat pula pelanggan yang tiada pertimbangan akal macam ni, memang beginilah jadinya. Boleh tak jadi pelanggan yang memudahkan pekerja," ujarnya lagi.

Hantaran di aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai komen daripada mereka yang bekerja dalam industri F&B.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat pekerja nak solat terbantut, dua pelanggan meluru masuk... Langsung tak endah notis ‘close’ depan pintu butik

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa bawa lari pesanan makanan, rider OKU pekak buat laporan polis... Dedah ditegur pengawal keselamatan, pelanggan tak angkat ‘call’

"Ada satu kes. Pelanggan tumpahkan air. Dia tak maklumkan pada pekerja, dia keluar macam tu je. Bila lambat dibersihkan, lantai tu melekit.

"Pelanggan tu minta ganti rugi macam pekerja kedai yang buat salah. Patutnya dia kena minta maaf. Carilah tisu ke untuk bersihkan," tulis netizen.

Artikel Lain