Ramai penduduk Kelantan membela haiwan dan mengusahakan tanaman di kawasan rumah mereka. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali negeri Kelantan 'dipetik' di media sosial, pasti ada sahaja cerita kurang enak mengenainya yang dibicarakan oleh netizen.Namun di sebalik kisah-kisah negatif tentang Kelantan, sebenarnya masih banyak perkara positif boleh diperkatakan mengenai negeri itu. Menurut seorang wanita, dia merasakan Kelantan sebagai sebuah negeri yang sangat selamat jika mahu dibandingkan dengan tempat-tempat lain di dalam Malaysia.Topik mengenai negeri Kelantan sentiasa meraih perhatian ramai pengguna media sosial. -Gambar hiasan AI"Saya rasa Kelantan negeri paling selamat. Anak-anak bebas bermain depan rumah, laman rumah pun luas. Siap boleh tanam pokok dan bela haiwan."Jiran tetangga datang lepak depan rumah, makan colek buah petang-petang, naik motor ronda kampung untuk tengok lembu, kerbau, bangau, sawah padi dan bukit bukau," ujarnya.Tambah wanita itu, kos sara hidup di Kelantan juga agak rendah, malah ia memiliki pelbagai sumber alam yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.Wanita tular selepas kongsi pandangannya tentang negeri Kelantan.Dia anggap Kelantan sebagai negeri yang paling selamat untuk didiami.Dia berkata penduduk masih mampu teruskan hidup dengan wang RM50.Namun, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan wanita itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau tiada bekalan air, sekurang-kurangnya ada telaga untuk mandi. Kalau tak ada lauk, boleh sembelih ayam, lembu, itik atau pukat ikan di sungai."Ada RM50 pun boleh teruskan hidup lagi kalau kita bukan orang kaya Ini pengalaman saya di Kelantan," ujar wanita itu.Hantaran itu turut menerima pelbagai respon daripada pelayar Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restuARTIKEL BERKAITAN: Pelancong mengadu susah cari tandas bersih di Kelantan... Orang tempatan pun payah nak ‘back up’, terpaksa setuju!"Saya pelajar yang sambung belajar di Kelantan. Makanan memang murah dan sedap. Kawan-kawan pun baik."Bab makan murah, boleh tanam pokok dan bela haiwan tu saya setuju. Selain daripada itu, saya hanya mampu gelak."Dengan kes dadah tinggi kamu kata selamat? Ni mesti tak tahu kes ragut rantai warga emas," tulis netizen.