SEPANJANG musim cuti persekolahan ini, destinasi pelancongan di seluruh Malaysia pasti dibanjiri dengan kehadiran ramai pelancong.Negeri Cik Siti Wan Kembang juga tidak terkecuali menjadi tumpuan memandangkan Kelantan sememangnya sudah gah dengan gelaran 'syurga makanan' tempatan. Namun menurut seorang wanita, dia bagaikan mengalami ‘kejutan budaya’ selepas dua hari berada di sana.Tandas awam perlu sentiasa dijaga kebersihannya. -Gambar hiasan AIDakwa wanita itu, dia sukar untuk mencari tandas awam yang bersih, sekali gus memberi gambaran yang kurang menyenangkan mengenai fasiliti awam di negeri itu.“Dah dua hari berada di beberapa tempat di Kelantan. Tapi tak ada satu pun tandas awam yang bersih.“Tiada satu pun tandas awam yang sempurna walaupun ia tandas berbayar. Kenapa?” tulis wanita itu di aplikasi Threads.Wanita tular selepas kongsi pengalaman dua hari di Kelantan.Dia terkejut kerana susah untuk mencari tandas yang bersih.Dia mendakwa tandas berbayar juga mempunyai fasiliti uzur.Beberapa rakyat Kelantan turut bersetuju dengan wanita itu.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, seorang lagi individu yang pernah melancong ke Kelantan turut berkongsi pengalaman sama.“Hari tu saya pergi Kelantan. Ingat nak jalan-jalan cari makan. Pergi tandas stesen minyak pun tiada air. Di hotel pun bekalan air asyik terputus,” kongsi individu itu.Pada masa sama, hantaran itu turut dihujani pelbagai maklum balas daripada anak jati Kelantan sendiri yang rata-ratanya tidak menafikan teguran berhubung isu kebersihan di negeri mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan segan dengan negeri sendiri, dakwa banyak rumah tak jaga kebersihan - “Bila datang mesti terkejut beruk”ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah kotor, budak mandi dalam kolah” - Wanita seram sejuk beraya kampung suami di Kelantan, bimbang dicop biadab tidur hotel“Sebagai orang Kelantan, ini adalah benar. Nak banding dengan negeri lain, jauh beza.“Saya orang Kelantan pun bersetuju dengan akak ni. Bab kebersihan tandas memang teruk.“Saya tinggal di Kelantan, saya akui perkara tersebut,” tulis netizen.