SEORANG pemuda yang mendakwa dirinya berasal dari Kelantan mencuri perhatian warga maya apabila berkongsi tentang realiti kebersihan di negerinya sendiri.Menerusi hantaran di Threads, pemuda itu berkata aspek kebersihan di negeri Pantai Timur itu masih lagi tidak mencapai tahap memuaskan. "Sebagai anak Kelantan sendiri, makin lama aku makin faham kenapa jarang nak jumpa pasangan Kelantan kahwin dengan orang Melaka."Aku pergi Melaka, aku perasan rumah mereka bersih, kemas luar dan dalam. Kalau mereka datang Kelantan mesti terkejut beruk.Tuan rumah perlu membersihkan rumah kerana ramai tetamu yang akan berkunjung sepanjang bulan Syawal. -Gambar hiasan AI"Bab kebersihan (di Kelantan) tak berubah sejak dulu lagi. Insaflah. Sekarang dah masuk tahun 2026," tulis pemuda itu.Jelasnya, hantaran itu tidak ditujukan kepada semua rakyat Kelantan, namun sekadar teguran kepada segelintir individu yang gagal menjaga kebersihan."Memanglah bukan semua pengotor tapi bila ada geng yang tinggal sampah merata di tempat awam, berkali-kali berlaku, benda itu akan jejaskan nama negeri.Seorang pemuda Kelantan mendakwa banyak rumah di negerinya kotor.Dia juga membuat perbandingan dengan rumah-rumah di Melaka yang lebih bersih.Dia juga mengajak penduduk Kelantan berubah dan mula menjaga kebersihan.Netizen minta jangan pukul rata kerana masalah itu juga berlaku di negeri lain.Ringkasan ini dijana oleh AI"Terus orang negeri lain nampak. Kalau awak rasa dah jaga kebersihan, tak buang merata, tahniah."Maksudnya hantaran saya ni tak ditujukan kepada awak," tulisnya lagi.Di ruangan komen, beberapa lagi individu berkata mereka bersetuju dengan pandangan itu walaupun ia realiti pedih untuk ditelan oleh rakyat Kelantan.ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Kelantan dah kena ikat ke?” - Soalan kurang cerdik wanita ‘test’ kesabaran netizen, mohon henti jenaka hina negeriARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restuNamun kata netizen lagi, isu kebersihan tidak sepatutnya dikaitkan dengan Kelantan sahaja memandangkan masalah itu berlaku di mana-mana tanpa mengira latar belakang penduduknya."Hi saya orang Kelantan. Orang Kelantan lain janganlah merentan. Dah memang terbukti banyak tempat kotor."Saya ada jumpa orang Melaka yang rumahnya pengotor. Saya tengok banyak je rumah di Kelantan yang bersih. Janganlah pukul rata."Selama saya kenal ramai orang dari pelbagai negeri, semua lebih kurang sama je. Mana-mana negeri pun ada je yang pengotor," tulis netizen.