suria

“Jangan buat dekat sini boleh?” - Wanita terkejut dengar bunyi pelik tengah malam, nampak ibu bapa tukar-tukar posisi

Seorang anak pastinya terkesan apabila melihat ibu bapanya melakukan hubungan intim. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN pulang ke kampung sempena Aidilfitri menjadi detik sukar dilupakan buat seorang wanita apabila secara tidak sengaja menyaksikan ibu bapanya melakukan hubungan intim di dalam bilik tidur.

Menurut perkongsiannya, kekangan ruang memaksanya berkongsi bilik dengan  kedua-dua ibu bapanya, walaupun dia dan adik hanya tidur di lantai.

“Lampu bilik sudah ditutup, tapi masih ada sedikit cahaya dari luar. Masa hampir terlelap, saya terdengar bunyi bukan-bukan. Saya masih berfikiran positif je dan cuba tidur dengan tenang.

"Tiba-tiba saya nampak bapa sendiri tengah melutut dan seperti melakukan pergerakan mencurigakan. Saya terus bangun dan tapi mereka sudah tukar posisi.

Ibu bapa mestilah lebih berhati-hati untuk melakukan hubungan intim dalam satu rumah yang dipenuhi penghuni. -Gambar hiasan AI

"Mereka tanya kenapa saya bangun. Saya terus balas jangan buat dekat sini boleh tak? Nak tidur la," ujar wanita itu menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun, reaksi ibu bapanya yang dianggap tidak sensitif membuatkan dia semakin berang dengan situasi tersebut.

Situasi itu berulang apabila dia mendakwa masih mendengar bunyi sama, menyebabkan dia mengambil keputusan keluar dari bilik bersama bantal dan selimut.

"Saya dimarahi dan diminta jangan bising, kononnya buat tak tahu sahaja. Seolah-olah saya pula yang bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkedu lihat aksi lucah 2 beradik di bilik kecil! Syak tidur sebilik dengan mak ayah atau gajet jadi punca

ARTIKEL BERKAITAN: “Mama buat dekat papa semalam!” - Guru tadika terkedu murid 4 tahun tunjuk aksi intim depan kawan, rahsia terbongkar lepas disoal siasat

"Saya cuba baring semula, tetapi bunyi itu kedengaran lagi. Terus saya capai bantal dan selimut, keluar dari bilik. Mak tahan dan cuba halang.

"Dia suruh saya tidur sahaja di dalam bilik, tapi saya tetap keluar. Saya buat tak tahu je dan keluar," ujar si anak yang terkilan dengan apa berlaku.

Menurut wanita itu, insiden berkenaan memberi kesan emosi sehingga dia berasa trauma, lebih-lebih lagi apabila ibu bapanya dilihat seolah-olah menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang biasa.

"Saya nak menangis mereka selamba je buat macam tu dalam bilik yang ada saya. Pergi la tempat lain. Sampai ke tengah hari tak bercakap dengan saya.

  • Individu trauma terserempak ibu bapa melakukan aksi intim ketika pulang beraya.
  • Berkongsi bilik kerana kekangan ruang sebelum terdengar bunyi mencurigakan.
  • Cuba menegur, namun dimarahi dan disuruh berdiam diri.
  • Tidak selesa, dia keluar dari bilik walaupun dihalang.
  • Kejadian itu buat dia rasa kecewa dan kekok dengan ibu bapanya.

"Memang betul agaknya, kalau balik kampung, anak yang belum berkahwin kena tidur luar. Mereka yang dah kahwin pula ada privasi dalam bilik," luahnya lagi.

Kantoi lakukan hubungan intim di depan anak

Menurut Hello Doktor, walaupun remaja atau golongan dewasa lazimnya mempunyai pengetahuan asas mengenai seks, mereka tetap belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi tersebut secara terbuka, apatah lagi jika ia melibatkan ibu bapa sendiri.

Sekiranya mereka secara tidak sengaja terlihat perbuatan tersebut, reaksi spontan yang sering timbul termasuklah rasa tidak selesa, geli, atau cenderung untuk mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan ibu bapa buat seketika.

Sehubungan itu, ibu bapa disarankan untuk segera menghentikan perbuatan berkenaan dan memberi ruang privasi kepada anak.

Selain meminta mereka keluar dari bilik dengan tenang, ibu bapa juga dinasihatkan supaya tidak membesarkan isu tersebut bagi mengurangkan rasa trauma atau malu dalam diri anak.

Artikel Lain