suria

“Sayang bagi sampul kosong ke?” - Wanita ‘mendidih’ ahli keluarga suami tuduh tak isi duit raya, makin geram lepas tengok bukti

Pemberian duit raya di dalam sampul semakin menjadi amalan masyarakat masa kini. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila dituduh memberi sampul duit raya kosong kepada salah seorang ahli keluarga suaminya ketika pulang beraya di kampung mentua.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia dan suami singgah di rumah pakciknya sebelum pulang ke kediaman mereka di Puchong, Selangor sekitar tengah malam.

"Semasa tengah hadap jem dekat Kuala Pilah (Negeri Sembilan), tiba-tiba suami aku tanya... sayang bagi sampul kosong ke dekat sepupu?

Anak-anak perlu beradab ketika menerima duit raya. -Gambar hiasan AI

Anak-anak perlu beradab ketika menerima duit raya. -Gambar hiasan AI

"Aku pun terkejut juga sebab memang dah asingkan sampul kosong dengan yang ada isi sebelum datang rumah pakcik dia.

"Kemudian aku pun mintalah kod QR supaya dapat transfer duit raya," luahnya di Thread.

Meskipun kehairanan dengan situasi yang berlaku itu, namun pada masa sama dia beranggapan tindakan sepupu suaminya sebagai tidak beradab.

Baginya tindakan memaklumkan mengenai sampul kosong kepada bukan pemberi adalah tidak wajar.

  • Wanita terkilan dituduh beri sampul duit raya kosong kepada sepupu suami.
  • Suami maklum perkara itu ketika mereka terperangkap dalam jem di Kuala Pilah.
  • Dakwa sudah asingkan sampul kosong dan berisi sebelum beraya.
  • Terkejut bila tahu sampul ditunjuk bukan miliknya tetapi namanya dipetik.
  • Netizen nasihat beri duit raya sendiri bagi elak salah faham.

"Perlu ke nak mesej suami aku, tanya pasal sampul kosong tu? Macam tak manis dan tak beradab sedangkan boleh je mesej aku sendiri," adunya lagi.

Tambah pengadu lagi, disebabkan kesesakan lalu lintas yang dialami, dia dan suami mengambil keputusan untuk singgah di rumah mentuanya sebelum meneruskan perjalanan pulang.

"Kami tidur rumah mentua sebelum balik, kemudian aku tanyalah suami, sampul duit raya macam mana sebab aku memang yakin aku bagi berisi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah jadi hak anak-anak kau” - Individu ikhlaskan hati tersalah hulur sampul duit raya, langsung tak minta semula RM800

ARTIKEL BERKAITAN: “Eee buruknya!” - Budak mengeluh dapat nota RM5 lama, wanita ini ‘ajar’ ganti duit raya RM1 terus terdiam... Cara didik tentang bersyukur

"Suami tunjuk gambar makcik dia bagi, sampul tu bukan aku bagi dan bukan aku punya," tambahnya yang geram dengan situasi berlaku.

Perkongsian itu meraih perhatian netizen yang rata-rata menasihatkannya supaya lebih berhati-hati serta memastikan pemberian duit raya dibuat sendiri bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan.

"Lain kali bagi sebelah keluarga sis je, belah suami biar dia yang bagi.

"Pernah dapat sampul kosong, tapi diam je. Namun kemudian jiran tu sendiri yang mesej bagi tahu dia terberi sampul kosong," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain