suria

“Saya cuit sikit, suasana jadi awkward” - Wanita tanggung malu ibu tunjuk perangai ‘diva’, siap sindir bakal besan ziarah raya

Setiap tetamu yang datang beraya perlu disambut dengan hati yang terbuka. -Gambar hiasan AI

DALAM kemeriahan meraikan lebaran, kita perlu sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata agar tidak menggores hati orang sekeliling.

Di Thread, seorang wanita mendakwa berdepan detik memalukan apabila ibunya bersikap biadab ketika mereka menerima kunjungan keluarga tunangnya.

"Keluarga tunang janji nak datang pukul 12 tengah hari, tapi mereka sampai sekitar pukul 1. Mak cakap dengan kuat dan marah, dia kata makanan sejuk sebab dah lama tunggu.

Hari Raya Aidilfitri merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan silaturrahim. -Gambar hiasan AI

"Saya cuit mak sikit. Suasana terus jadi awkward ya. Bakal mak mentua saya macam tersentak dan jelaskan baik-baik. Masa bersembang tu, mak saya macam tak berminat nak berborak.

"Kalau dengan tetamu lain dia okey saja. Saya faham dia marah sebab tetamu lambat atau dia penat. Tapi sepatutnya tegurlah dengan baradab," luah wanita itu.

Rentetan peristiwa itu, dia terpaksa memohon maaf kepada keluarga tunangnya kerana tidak mahu peristiwa berkenaan merosakkan impiannya untuk mendirikan rumah tangga.

  • Wanita kecewa ibunya tidak menjaga tutur kata ketika tetamu datang beraya.
  • Dia mendakwa keluarga tunangnya diperli gara-gara terlewat datang beraya.
  • Wanita itu terpaksa memohon maaf kerana bimbang keluarga tunangnya kecil hati.
  • Dia juga sedih kesal ibunya tidak menghormati bakal besannya.

"Mereka akan jadi keluarga saya tak lama lagi. Saya yang malu dan senyap-senyap pergi minta maaf, nampak macam mereka terasa.

"Mereka sebenarnya lambat sebab malam sebelumnya pergi beraya sampai pukul 3 pagi. Saya dah terangkan awal-awal dekat mak. Tapi dia bising-bising dan marah," ujarnya.

Di ruangan komen, beberapa individu berkata mereka turut berdepan situasi sama seperti wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Eee buruknya!” - Budak mengeluh dapat nota RM5 lama, wanita ini ‘ajar’ ganti duit raya RM1 terus terdiam... Cara didik tentang bersyukur

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah kotor, budak mandi dalam kolah” - Wanita seram sejuk beraya kampung suami di Kelantan, bimbang dicop biadab tidur hotel

"Mak saya pun buat perangai macam tu dekat bakal suami saya. Saya jenis keras kepala, saya tegur mak kaw-kaw lepas tu.

"Ya Allah, rupanya perangai seantero dunia. Aku sampai malu nak ajak orang datang rumah sebab mak suka buat macam ni.

"Sebab tu aku tak pernah ajak kawan-kawan datang rumah. Aku dah kenal mak aku macam mana," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain