Segelintir lelaki mula bekerja keras untuk mengubah kehidupan selepas berdepan kegagalan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas berkongsi cerita mengenai bekas suaminya yang semakin senang selepas mereka berpisah.Menurut wanita itu, dia hairan melihat bekas suaminya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sedangkan dia terpaksa bersusah payah bekerja demi anak-anak. "Hari tu dapat tahu bekas suami beli rumah. Sekarang dia beli kereta baharu pula. Kadang-kadang rasa macam tak adil.Masalah kewangan boleh menjadi punca perceraian. -Gambar hiasan AI"Dia yang buat hal rosakkan rumah tangga kami. Tapi rezeki dia pula mencurah-curah. Saya struggle cari duit untuk anak-anak," tulisnya."Saya kena usaha dari bawah. Entah la. Bukan cemburu, cuma tertanya-tanya. Kenapa dia buat perangai tapi murah rezeki?" tulisnya.Di ruangan komen, segelintir netizen mendakwa wanita itu sebenarnya masih belum move on dan cemburu dengan kesenangan bekas suaminya.Wanita hairan lihat bekas suaminya hidup senang sehingga mampu beli rumah dan kereta.Dia mendakwa bekas suaminya menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.Ramai netizen menyelar wanita itu dan menuduhnya cemburu dengan kesenangan bekas suami.Netizen minta wanita itu sedar diri kerana bekas suaminya kini hidup lebih tenang tanpa dirinya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Masa dengan awak mesti dia tak bahagia. Dia rasa awak ni bebanan. Kadang-kadang memang ada wanita yang bawa malang."Jenis menyalahkan orang padahal diri sendiri yang bermasalah. Cuba tanya, apa punca cerai? Entah-entah berpunca daripada diri sendiri. Tapi dia nak tunjuk lelaki yang salah."Hidup dia lebih tenang kot selepas ketiadaan awak. Apabila tenang, rezeki pun datang," tulis beberapa netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cerai tak tahan hidup susah, wanita cari ‘akal’ kembali ke pangkuan bekas suami... Cemburu lihat si dia semakin kayaARTIKEL BERKAITAN: Setahun bekas suami hilang, tiba-tiba muncul nak ambil anak beraya di kampung! Wanita berat nak beri izin - “Baju raya pun aku kena beli”Di sebalik komen negatif itu, ada segelintir wanita yang memberi kata-kata semangat agar wanita tersebut terus kuat menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal."Kereta dan rumah tu benda dunia saja. Awak ada anak-anak bersama. Itu harta sebenar."Allah nak awak sabar dan reda dengan takdir. Apabila tiba masanya, awak juga akan dapat kemanisan," tulis netizen lagi.