suria

Dulu cerai tak tahan hidup susah, wanita cari ‘akal’ kembali ke pangkuan bekas suami... Cemburu lihat si dia semakin kaya

Segelintir wanita tidak sanggup untuk hidup bersama lelaki yang miskin. -Gambar hiasan AI

MASALAH kewangan boleh menjadi punca keretakan rumah tangga sehingga membawa kepada perceraian.

Begitulah juga yang dilalui oleh wanita ini apabila rumah tangga yang dibina musnah akibat masalah kewangan kira-kira tiga tahun lalu.

Namun dalam hantaran di X, wanita itu berkata kehidupan bekas suaminya kini semakin berubah, malah dilimpahi dengan kemewahan.

Masalah kewangan boleh menjadi punca perceraian. -Gambar hiasan

"Aku janda dan ada anak seorang. Bercerai dengan laki aku sebab krisis kewangan. Lepas tiga tahun, aku cemburu tengok dia makin berjaya.

"Sekarang dia dah mampu beli kereta jenama Continental. Sekali sekala dia bawa anak pergi Indonesia dan Thailand.

"Kalau lah kami masih suami isteri, mesti aku pun dapat merasa. Macam mana aku nak kembali bersama dengan dia?" tulis wanita itu.

  • Seorang wanita mengaku bercerai kerana suami berdepan masalah.
  • Dia kini menyesal kerana kehidupan bekas suami semakin senang.
  • Dia juga terdetik untuk kembali bersama dengan bekas suaminya.
  • Netizen kecam wanita itu kerana gagal menjadi isteri yang baik ketika suaminya susah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelayar X menyelar wanita itu kerana gagal menjadi isteri yang baik ketika suaminya berdepan masalah kewangan.

Malah, netizen turut memberi pesanan kepada lelaki tersebut agar tidak sesekali kembali berkahwin dengan bekas isterinya.

"Mungkin sebelum ni kau yang jadi punca masalah kewangan. Tapi baguslah dia bercerai, sekarang hidup dia lagi berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 kali cerai, wanita kerja 'gomen' berstatus muflis cekal sara 10 anak! Sambung belajar dengan gaji bersih RM711.05

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah bercerai, keluarga pula miskin... Anak gadis baru mula kerja tak mahu kahwin, siap rancang nak buang rahim!

"Masa bersama tak bersyukur. Kau tak percaya rezeki tu ada walaupun lambat. Tengok dia berjaya sekarang baru kau terfikir. Nampak sangat mata duitan.

"Tolonglah jangan kembali rujuk. Kesian lelaki tu. Allah dah jauhkan dia daripada kau. Jangan bawa bala dekat dia semula.

"Masa susah tak nak sama-sama. Dasar betina tak guna. Dia dah kaya, kau tergila-gilakan duit dia pula," tulis netizen.  

Artikel Lain