suria

Pasangan asnaf ditegur ‘liat’ rancang keluarga, tiap tahun tambah anak - “Rasanya dah boleh berhenti bagi bantuan”

Pasangan yang berdepan masalah kewangan perlu bijak merancang keluarga. -Gambar hiasan AI

PERKONGSIAN seorang pengguna media sosial mengundang perdebatan ramai apabila dia menegur segelintir golongan asnaf yang memiliki ramai anak.

Dalam hantaran di Threads, dia turut memberi saranan kepada badan berkaitan agar menghentikan bantuan sekiranya penerima zakat gagal merancang keluarga.

"Kalau kamu terima bantuan zakat kategori asnaf tapi masih lagi beranak setiap tahun dan tak mampu ubah ekonomi, rasanya dah boleh berhenti bagi bantuan kot.

Segelintir anak-anak asnaf hidup melarat kerana ibu bapa tidak mampu menyediakan kehidupan yang selesa. -Gambar hiasan AI

"Lama-lama jadi tugas badan zakat pula untuk besarkan anak mereka. Si bapa tahu buat anak saja," tulis individu berkenaan pada Sabtu.

Beberapa lagi pelayar Threads turut berkongsi mengenai golongan asnaf yang tidak merancang keluarga walaupun mereka berdepan masalah kewangan.

"Asnaf yang saya kenal, setiap tahun tambah anak. Dah tua umur masuk 50, ada anak-anak yang masih kecil lagi.

  • Pelayar Thread tegur golongan asnaf yang gagal merancang keluarga.
  • Dia hairan melihat penerima zakat menambah bilangan anak setiap tahun.
  • Individu itu turut beri saranan supaya bantuan mereka ditamatkan.
  • Netizen turut kongsi kisah golongan asnaf yang malas berusaha.

"Di sekolah saya, ada adik beradik yang dapat bantuan asnaf. Tapi ayah mereka kahwin dua. Mampu kahwin dua tapi tak mampu tanggung anak.

"Ya, kalau dah lebih tiga anak, maksudnya dah mampu tu. Kalau nak teruskan bagi juga, minta mereka rancang keluarga. Kesian anak-anak," tulis netizen.

Malah, beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman mereka berdepan golongan asnaf yang malas berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemohon bantuan zakat sorok Myvi, peti ais di rumah jiran... Rupanya taktik nak tunjuk hidup susah, papa kedana!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa caj murah hospital 'gomen' punca asnaf beranak ramai, rakyat abai kesihatan! Lepas tu rayu bantuan sara hidup

"Itulah mentaliti. Saya pernah uruskan kursus pertanian untuk golongan asnaf. Ada 50 peserta, hanya empat saja yang bercucuk tanam. Yang lain, makan angin percuma.

"Aku kerja dengan badan bukan kerajaan (NGO), buat program bantu naikkan pendapatan. Boleh kata kebanyakan asnaf nak duit percuma je, usaha tak nak.

"Syarikat lama aku pun ada buat program dengan asnaf dua tahun lepas. Sampai aku kena urut dada mengenangkan mentaliti mereka. Nauzubillah," tulis netizen lagi.

Artikel Lain