SEORANG remaja perempuan kecewa apabila dimarahi oleh ibunya gara-gara dia menegur sikap adik bongsunya yang pemalas.Kongsi remaja itu, dia hanya menegur adiknya disebabkan kanak-kanak itu enggan ke sekolah hanya disebabkan tidak menyiapkan tugasan diberikan guru. Ibu mereka campur tangan dalam hal tersebut selepas adiknya mengamuk sehingga menyebabkan sebuah almari di rumah terbalik dan rosak."Dia crash out (mengamuk). Aku marah la, baru sekolah rendah dah crash out. Kemudian mak marah aku balik, back up adik aku," kongsinya.Anak sentiasa berfikiran ibu bapa mereka sentiasa membezakan setiap anak. -Gambar hiasan Cerita remaja itu lagi, hatinya juga terluka dengan sikap ibunya yang terlalu memanjakan adiknya yang menjadi antara penyebab kanak-kanak itu 'naik lemak'.Malah katanya, jika dahulu dia berperangai seperti itu, akibatnya lebih parah daripada teguran dibuat kepada adik lelakinya."Aku dulu kalau buat macam ini, mak kasi penampar tau! Mentang-mentang anak lelaki bongsu, manjakan lagi," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya doa anak cikgu rasa nanti!” - Mangsa buli kecewa aduan dipandang remeh, kaunselor sekolah label anak manjaARTIKEL BERKAITAN: Murid manja, kena layan bak putera puteri! Guru bidas ibu bapa tak ajar anak basuh berak, makan disuap - "Kami bukan bibik"Jelasnya lagi, teguran yang dibuat bukan disebabkan perasaan benci tetapi mahu adiknya belajar tentang tanggungjawab atas kesilapan sendiri.Malah dia bimbang sikap buruk adiknya itu akan terbawa-bawa sehingga dewasa dan perlu dibendung sejak awal."sumpah sakit hati walaupun dia baru sekolah rendah. Salah ke aku nak adik jadi orang berguna? Biar dia tanggung sendiri kesalahan berbanding lari?Wanita kecewa adik bongsu enggan ke sekolah kerana tak siap kerja sekolah.Adik mengamuk hingga menyebabkan almari di rumah terbalik.Kakak menegur, namun ibu didakwa mempertahankan adiknya.Dia mahu adiknya belajar tanggung kesilapan sendiri.Perkongsian itu cetus perdebatan tentang anak bongsu dimanjakan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kau tak siap kerja sekolah, kau hadaplah akibatnya! Ini tidak sedap jer tak nak pergi sekolah macam sekolah itu bapak dia yang punya," katanya.Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang berkongsi pandangan tentang layanan berbeza selalu diberikan terhadap anak bongsu."Kadang hairan kalau anak yang awal-awal mesti mak ayah bertegas, tapi anak hujung-hujung mereka berlembut. Lepas itu cakap mak ayah sayang semua sama."Mak awak tu melahirkan 'tuan' tu. Jangan dibiarkan nanti akan menyusahkan," komen netizen.