suria

Gadis cadang suami isteri berkorban, minta tidur berasingan apabila beraya di kampung... Harap berlapang dada soal aurat!

Aurat wanita lebih terjaga jika tidur di dalam bilik. -Gambar hiasan AI

MASALAH perebutan bilik tidursering timbul setiap kali pulang ke kampung halaman semasa menyambut Aidilfitri.

Lantaran itu seorang gadis berkongsi pandangan bahawa pasangan suami isteri tidak semestinya tidur sebilik, terutamanya jika ruang kediaman terhad.

Menurutnya, tidur berasingan antara lelaki dan perempuan adalah pilihan terbaik, selain aurat lebih mudah terpelihara.

Masalah berebut bilik timbul apabila musim perayaan. -Gambar hiasan AIMasalah berebut bilik timbul apabila musim perayaan. -Gambar hiasan AI

"Cukup je bilik kalau tidur berasingan lelaki dengan perempuan. Jadi tak payah la yang lain kena merempat tidur atas sofa, ruang tamu.

"Sebagai perempuan, aturan ini lebih mudah buat kami untuk menjaga aurat," kongsi gadis terbabit di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua kakak sepakat tunjuk kuasa, macam ‘penjajah’ di rumah ibu… Tergamak halau adik keluar bilik - “Mak pun macam hilang hak”

ARTIKEL BERKAITAN:Potong ‘mood’ nak raya! Wanita mengeluh ipar-duai main ‘booking’ di rumah mentua, sampai lewat tetap dapat tidur dalam bilik

Tambah gadis berkenaan, berdasarkan respons warga maya berhubung saranannya, dia menyimpulkan bahawagolongan sudah berkahwin sememangnya enggan berkompromi dalam isu berkenaan.

"Yang dah kahwin memang tak boleh bawa bincang ya? Walaupun untuk dua, tiga hari. Kita yang anak dara ni kena berkorban.

"Kena pakai tudung masa tidur, tidur la kat mana-mana pun. Tapi ingat, apabila sampai masanya anak dara mereka dah besar nanti, baru fahammacam mana," katanya.

Gadis itu bagaimanapun menekankan bahawa pandangan berkenaankhusus untuk mereka yang mempunyai kediaman dengan jumlah bilik terhad.

  • Gadis cadangsuami isteri tidur asing jika bilik terhad semasa balik kampung.
  • Tidur berasingan memudahkan pengurusan aurat dan ruang keluarga lain.
  • Pandangan ini khas untuk rumah tak cukup bilik; anak dara perlu berkorban sementara.
  • Selepas berkahwin, dia akan berkompromi; homestay/hotel boleh untuk anak kecil.
  • Netizen beri pelbagai reaksi; ada setuju aurat terjaga, ada kurang setuju kerana isu ruang keluarga.

"Kalau saya dah kahwin nanti pun akan berkompromi juga. Ada bilik Alhamdulillah, kalau tiada saya sedia asingkan bilik.

"Kalau anak meragam, saya cari homestay atau hotel," jelasnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang menyokong dan mengkritik pandangan gadis tersebut.

"Saya dah berkahwin, ada dua anak tapi balik kampung tidur asing dengan suami. Kalau cuti ambil homestay pun sama juga. Keluarga kami utamakan perempuan dekat bilik.

"Kurang setuju sebab kalau tidur asing, anak-anak semua atas kepala isteri. Bayangkan kalau anak lebih seorang, yang bapa sedap tidur kat luar," komen netizen.

Artikel Lain