HUBUNGAN antara ibu mentua dan menantu wanita sering kali menjadi topik perbualan, lebih-lebih lagi apabila timbul dakwaan sikap tidak berkenan atau gemar mencari kesalahan.Situasi itu turut dilalui seorang wanita yang mendakwa berdepan detik sukar apabila ibu mentuanya datang secara mengejut ke rumahnya. Menurut wanita tersebut, ketika itu dia sedang berdepan kesempitan kewangan sehingga terpaksa menahan lapar bersama anak-anak kerana tidak mampu menyediakan makanan.Ada sebahagian daripada kita mempunyai masalah kesempitan wang ringgit. -Gambar hiasan AI“Pernah berada di titik terendah. Dalam poket cuma ada RM1 sahaja. Tiba-tiba mak mentua datang dengan kawan tanpa beritahu lebih awal."Sudah dua hari saya dan anak-anak makan berkongsi sebungkus nasi. Dalam rumah memang tiada apa-apa, hanya ada air kosong,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamuARTIKEL BERKAITAN: Mentua kutuk cucu kulit gelap, melenting lepas menantu kata 'ikut suami' - "Eh keturunan aku semua putih"Wanita itu mengakui dia berasa panik kerana tidak tahu apa yang perlu dihidangkan kepada ibu mentua dan rakannya itu.“Mak mentua tak beritahu apa-apa, tiba-tiba bagi salam depan pintu. Saya gelabah sebab memang tak ada apa nak dihidangkan. Takkan nak bagi air kosong saja."Jadi saya ambil keputusan tidak hidang apa-apa, sebaliknya melayan dan bersembang dengan tetamu tersebut sebaik mungkin," katanya.Namun ibu mentuanya menyifatkan tindakannya itu sebagai kurang beradab kerana tidak menyediakan hidangan kepada tetamu.“Sebab itu juga mak mentua gelarkan saya tak ada adab dengan tetamu, sedangkan waktu itu memang saya tak ada apa."Kalau dia beritahu awal, saya memang akan elak masalah ini dengan beritahu tiada di rumah," katanya.Wanita kongsi pengalaman susah apabila mak mentua datang mengejut bersama tetamu.Ketika itu dia hanya ada RM1 dan berkongsi sebungkus nasi dengan anak-anak.Rumah tiada makanan menyebabkan dia tidak mampu menyediakan hidangan.Tindakannya dianggap tidak beradab oleh ibu mentua.Netizen simpati dan sarankan jelaskan keadaan sebenar bagi elak salah faham.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam masa sama, dia berkata suaminya memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati ibunya.“Saya faham suami diam sebab dia sangat menjaga hati mak dia. Saya pun sokong apa yang dia buat. Hati seorang ibu kalau terasa memang bahaya,” katanya.Netizen bersimpati terhadap wanita itu dan menyarankan dia menceritakan kejadian sebenar bagi menyelesaikan masalah tersebut."Jangan tadah telinga je, patut jelaskan agar dia faham. Kadang mentua tu ingat anak dia serba serbi sempurna sedangkan kita sebagai pasangan lebih mengetahui."Jadikan ianya satu pengajaran. Nanti kita dah jadi mentua, sentiasa bawa buah tangan apabila ke rumah anak menantu," katanya.