KEHILANGAN ibu bapa pada usia yang sangat muda merupakan satu ujian berat untuk dilalui, khususnya bagi seorang kanak-kanak.Di Thread, seorang guru berkongsi kisah anak muridnya yang melalui hidup sukar selepas berdepan kematian bapanya. "Masa mengajar, anak murid aku selalu tidur dalam kelas. Kalau tak tidur pun, dia selalu tak fokus. Jadi aku tanya kenapa selalu mengantuk? Buka puasa makan apa?Bubur lambuk sering diagihkan sepanjang bulan Ramadan. -Gambar hiasan "Jawabnya, dia hanya berbuka makan bubur lambuk je. Ayah dah meninggal, ibu pula kerja balik lewat. Bubur lambuk tu diambil di masjid."Di rumah, dia hanya duduk dengan adik dan kakaknya yang masih sekolah menengah," tulis guru wanita itu menerusi hantaran Thread pada Khamis.Menurutnya lagi, dia sedih mengenangkan ujian berat yang terpaksa dilalui murid berkenaan pada usia yang sangat muda.Guru kongsi kisah sedih muridnya yang semakin tidak fokus dalam kelas.Murid itu menunjukkan perubahan selepas kematian bapanya.Murid itu juga berbuka dengan juadah masjid kerana ibunya sibuk bekerja.Guru itu bergenang air mata mengenangkan kehidupan kanak-kanak berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AITambah guru itu, dia juga yakin si ibu tidak berniat mengabaikan anak-anaknya, namun tersepit kerana perlu mencari rezeki buat keluarganya."Hati aku rasa sedih sangat. Bab buka puasa tu, bergenang air mata aku. Sedihnya kehidupan. Dia masih kecil tapi hidupnya terasa sunyi."Mak dia ambil berat je, cuma mungkin sibuk urusan kerja. Dia la ibu, dia juga bapa dan kena uruskan semua.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas penghuni rumah anak yatim dedah sikap pengurusan, tak merasa ‘pegang’ duit raya - “Setiap tahun dapat hampir RM1,000”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tegur trend ibu bapa guna rumah anak yatim lokasi parti hari jadi anak... Siap berpeluk-peluk tunjuk kemesraan melampau"Ya Allah, di bulan Ramadan yang mulia ini, kau kurniakanlah kasih sayang buat keluarga mereka dan limpahkanlah rezeki mereka," tulisnya lagi.Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan simpati membaca kisah mengenai murid berkenaan."Jadilah insan yang baik dan sentiasa sokong dia. Insya-Allah murid tu akan ingat awak sampai bila-bila."Teringat kisah suami saya dan adik-beradiknya. Mereka jadi anak yatim masa sekolah rendah, Mak kerja, jadi mereka la jaga sesama sendiri," tulis netizen.