suria

“Biadab, elok kau angkat kaki!” - Wanita geram bibik ‘buat muka’ sambil mengomel... ‘Naik tocang’ apabila ditegur

Ada pembantu rumah mengambil kesempatan terhadap kebaikan majikan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa terhadap pembantu rumahnya selepas mendakwa layanan baik yang diberikan sepanjang hampir 10 bulan bekerja tidak dihargai.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia sentiasa cuba memenuhi keperluan serta kehendak pembantu rumah berkenaan.

Malah, majikan itu juga turut membawa pembantu rumah tersebut merasai pengalaman berbuka puasa di hotel tanpa perlu memasak di rumah.

Pembantu rumah perlu tahu tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja. -Gambar hiasanPembantu rumah perlu tahu tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pekerja. -Gambar hiasan

"Tak tahu sejenis bersyukur ke tak. Bawa makan di hotel bulan puasa ni je dah berkali-kali, tak payah masak pun.

"Dia teringin nak makan geprek, kita belikan. Nak makan itu ini kita tunaikan tapi masih mengadu kat orang kononnya dia tak cukup makan," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bibik tak reti bersyukur dipecat serta merta! Gaji RM2,000, kebajikan dijaga tapi buat ‘live’ hina majikan

ARTIKEL BERKAITAN: Bibik Indonesia selalu ‘bad mood’, asyik terbaring tak buat kerja... Majikan akhirnya dapat jawapan lepas bawa jumpa doktor

Menurutnya, dia juga membawa pekerjanya itu bercuti di merata tempat, selain turut mengajaknya membeli-belah.

"Bawa bercuti ke Kelantan; Cherating, Pahang; Hard Rock; Johor; Melaka. Siap beli-belah di Johor Premium Outlets (JPO).

“Setiap kali dia teringin makan sesuatu, saya belikan. Bawa bercuti pun sudah beberapa kali. Siap sambut hari jadi lagi,” katanya.

Jelasnya, situasi menjadi tegang apabila dia menegur pekerja tersebut kerana mahu bermalam bersama adik-beradiknya ketika masih dalam waktu bekerja.

  • Wanita kecewa pembantu rumah didakwa tidak menghargai layanan baik sepanjang bekerja.
  • Majikan dakwa sering tunaikan permintaan makanan dan bawa makan di hotel.
  • Pekerja turut dibawa bercuti dan membeli-belah bersama majikan.
  • Konflik berlaku selepas teguran isu bermalam ketika waktu kerja.
  • Netizen sarankan majikan tetapkan batas hubungan kerja.

"Saya cakap baik-baik, bibik nak apa sebenarnya? Tapi dia siap buat muka, mengomel, memang biadab.

"Eloklah kau angkat kaki. Kau tak kan dapat majikan sebaik ini. Good luck," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang berpandangan wanita itu sepatutnya meletakkan batas bagi mengelak pekerja itu mengambil kesempatan.

"Jangan anggap mereka macam keluarga. Anggap mereka tu pembantu rumah. Kalau baik sangat memang kena pijak la jawapnya.

"Pengalaman saya apabila baik sangat, dia tak nak balik raya waktu kami balik kampung. Rupanya dia nak cabut lari dengan beg berisi barang kami yang dicuri," komen netizen.

Artikel Lain