suria

[V] Bibik tak reti bersyukur dipecat serta merta! Gaji RM2,000, kebajikan dijaga tapi buat ‘live’ hina majikan

Pekerja terpaksa keluar rumah selepas dipecat majikannya susulan kejadian itu.

TINDAKAN pembantu rumah warga asing yang didakwa membuat siaran langsung di media sosial ketika waktu bekerja sambil menghina majikannya mengundang padah apabila dia diberhentikan serta merta.

Menerusi perkongsian dibuat Syafiq Haikal, dia dan isteri nekad menamatkan perkhidmatan pembantu rumah itu susulan tindakannya menghina mereka berdua selaku majikan dalam sesi ‘live’.

Menurut Syafiq, pembantu rumahnya sudah berkali-kali membuat siaran langsung pada waktu bekerja namun isteri masih mampu bersabar dengan  tindakannya.

"Dah banyak kali dah berlaku tapi isteri masih sabar dengan kerenah dia. Tapi hari ini kesabaran isteri dah hilang lepas dia gilakan, bodohkan dan babikan. Alasan dia sebab isteri cemburu.

"Aku ni bukan main berkepit dengan isteri ni. Tapi tak dinafikan kerja dia okay. Duit letak merata pun tak hilang tapi itulah, lidah tajam sangat menghina," tulis Syafiq dalam hantaran dibuat di Thread.

Menerusi rakaman video yang turut dimuat naik, kelihatan pembantu rumah tersebut hanya menunduk mendengar nasihat Syafiq sambil menunggu kenderaan e-hailing yang ditempah untuk meninggalkan kediaman majikan.

Tangkap layar ketika lelaki ini berbual dengan pembantu rumah itu selepas diberhentikan.

Dalam rakaman itu [Tonton video], turut kedengaran majikan menyatakan bahawa pembantu rumah tersebut menerima gaji RM2,000 sebulan dengan empat hari cuti setiap bulan.

"Hari Ahad awak kerja saya bagi extra (gaji lebih). Sebulan empat kali cuti. Awak gaji RM2,000. Tak baiklah macam tu. Orang gaji dulu menangis-nangis kami berhentikan.

"Saya orang Malaysia yang awal-awal bekerja dekat negara sendiri dulu gaji RM1,800, walaupun ada ijazah. Awak tak ada apa-apa. Sekolah pun bukan dekat sini. IC (kad pengenalan) tak ada tapi gaji RM2,000.

"Awak lagi patut bersyukur. Awak tak patut buat macam tu cakap-cakap belakang. Apa yang awak tak puas hati cakap dengan saya terus, saya jenis okay je. Puan je jenis marah," katanya dalam video.

Pembantu rumah itu kemudian memaklumkan dia berasa takut untuk meluahkan perasaan secara bersemuka dengan majikan.

Majikan tersebut turut menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan segala keperluan asas serta menjaga kebajikan wanita itu sepanjang dia bekerja.

Menurutnya, pembantu rumah tidak pernah dipaksa bekerja dari pagi hingga malam, malah diberikan ruang untuk berehat dan menunaikan solat tanpa sebarang halangan.

"Apa lagi yang awak rasa tak cukup. Nak kerja bagi extra. Makan, tempat tidur dan barang keperluan peribadi semua saya sediakan. Tak ada pun suruh awak kerja pagi sampai malam.

"Awak nak rehat dan solat pun boleh. Tak pernah halang. Lepas ni kalau dapat majikan baik, jangan buat macam ni lagi. Majikan yang tak banyak kerenah, ragam jadi awak tak payah hina-hina belakang," katanya.

Dalam hantaran sama, lelaki ini turut memuat naik foto menunjukkan pembantu rumah itu dipercayai sedang keluar dari kediamannya membawa barangan peribadi.

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia