suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M patah pinggul selepas terjatuh, perlukan rawatan dan pemerhatian doktor

Tun Dr Mahathir dilaporkan dimasukkan ke IJN pada Selasa selepas terjatuh di kediamannya.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) disahkan mengalami patah tulang pada bahagian pinggul selepas terjatuh di kediamannya pada  Selasa pagi.

Setiausaha akhbarnya, Sufi Yusoff memaklumkan Dr Mahathir dijangka memerlukan rawatan dan pemerhatian doktor di hospital untuk tempoh beberapa minggu lagi.

"Selepas menjalani penilaian perubatan, disahkan bahawa Tun (Dr Mahathir) mengalami patah tulang pada bahagian pinggul kanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M dimasukkan ke IJN, terjatuh di kediaman

"Tun dijangka dimasukkan ke hospital untuk tempoh beberapa minggu bagi rawatan dan pemerhatian," katanya menerusi saluran rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp.

Terdahulu pada Selasa, Dr Mahathir dilaporkan terjatuh di kediamannya sekitar pukul 7.30 pagi dan dua jam kemudian dibawa ke IJN untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sufi turut memberitahu bahawa Dr Mahathir dibawa dalam keadaan sedar dan kemudiannya menjalani pemeriksaan selanjutnya di hospital.

Artikel Lain